MAKLUMAN TATACARA PERMOHONAN KURIKULUM (silibus) BAGI TUJUAN PINDAHAN KREDIT (Credit Transfer) OLEH LULUSAN POLITEKNIK

1. Pemohon (lulusan politeknik) perlu mengemukakan maklumat-maklumat seperti berikut:

  • Surat rasmi permohonan kurikulum bagi tujuan pindahan kredit (sila sertakan nama penuh, no
    matrik, alamat terkini, nombor telefon dan emel);
  • Transkrip Akademik diploma/sijil yang telah disahkan;
  • Kod dan nama kursus yang dipohon untuk tujuan proses pengeluaran kurikulum yang
    berkaitan
  • Surat tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS atau mana-mana institusi berkaitan

2. Pemohon boleh menghantar permohonan yang lengkap berdasarkan maklumat yang disenaraikan sama ada secara bertulis atau emelkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

3. Semua permohonan yang lengkap diterima akan diproses di dalam tempoh 5 HARI BEKERJA dan maklumbalas akan diberikan melalui alamat e-mail yang disertakan seperti di dalam surat permohonan.

*Kurikulum (Silibus) adalah dokumen terkawal, Justeru itu permohonan perlu berurusan secara terus ke Politeknik melalui email atau surat menyurat.

*Nota: Tatacara ini juga terpakai untuk permohonan kurikulum (silibus) bagi pelajar Kolej Komuniti yang ingin memohon CTCE di Politeknik Mersing.


Maklumat tatacara juga boleh diakses di Laman web PMJ --> UJK --> Makluman.