Perhubungan & Latihan Industri
- Details
- Hits: 1360
PENGENALAN
Latihan Industri merupakan sebahagian dari syarat kurikulum politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang mesti dipenuhi oleh semua pelajar sebelum mereka dianugerahkan diploma. Pelajar diploma akan menjalani latihan industri pada semester 6 atau semester akhir.
Latihan Industri adalah penting untuk memberi pendedahan kepada pelajar ke alam pekerjaan sebenar yang berkaitan dengan kursus yang mereka ikuti. Dengan itu mereka dapat meluaskan pengalaman dan memperkukuhkan ilmu yang telah mereka perolehi. Adalah menjadi tanggungjawab unit ini untuk memastikan semua pelajar yang layak berjaya mendapat tempat untuk menjalani latihan industri yang menjadi syarat untuk lulus pengajian di Politeknik Mersing Johor.
Unit Perhubungan dan Latihan Industri juga berusaha memastikan hubungan baik di antara PMJ dengan pihak industri dapat dikekalkan.