𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐀𝐍 (𝐃𝐒𝐊𝟓), 𝐏𝐌𝐉 & 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐏𝐀𝐒 𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐘𝐇𝐄𝐑𝐎: 𝐋𝐈𝐅𝐄 𝐒𝐀𝐕𝐄𝐑 𝐂𝐀𝐌𝐏

𝟒 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔 | 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐏𝐀𝐒, 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆

Pada 2-4 Mei 2024, seramai 33 orang fasilitator terdiri dari pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK5) telah berjaya menganjurkan Program MyHero: Life Saver Camp yang bertempat di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS), Kluang. Program ini merupakan keperluan wajib dibawah kursus DPK50183: Event Organization dimana pelajar perlu mengasah bakat pengurusan sesuatu majlis dari Pengurusan Kertas Kerja (peruntukan) sehingga ke peringkat pengangjurannya.

Program MyHero: Life Saver Camp telah memberi pendedahan kepada para peserta yang terdiri dari 30 orang pelajar Kelab Sukarelawan berkaitan pengurusan bencana khususnya bencana banjir. Peserta akan didedahkan dengan pengurusan di pusat pemindahan, pengurusan mangsa bencana alam,cara menyelamat di air, rawatan pertolongan cemas dan sebagainya.

Penganjuran program ini sekaligus dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri peserta ketika mengendalikan sesuatu program, mempertingkatkan komunikasi yang berkesan dalam kalangan peserta, membina jaringan hubungan di antara Politeknik dan agensi kerajaan yang lain pada masa akan datang dan yang paling utama mampu mempersiapkan peserta dalam menghadapi sebarang bencana yang tidak diduga pada masa akan datang.

Semoga dengan pengangjuran program berimpak seperti ini mampu membuka jaringan kolaborasi yang lagi luas dengan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam mempersiapkan para pelajar yang berkemahiran tinggi dalam segenap aspek kehidupan.