Pengenalan

Bahagian Khidmat Pengurusan Am merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan.

Bahagian ini diketuai oleh Pegawai Eksekutif Tinggi Gred N3-4 dan dibantu oleh 5 staf sokongan mengikut perjawatan iaitu seorang Pembantu Akauntan Gred W4-1, seorang Juruteknik Gred JA3-1, empat orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N4-1 dan tiga orang Pembantu Operasi N5-1.

Antara unit dalam Bahagian ini ialah Unit Pentadbiran Am, Unit Perkhidmatan, Unit Kewangan dan Unit Stor.

Fungsi Utama:

1. Unit Pentadbiran Am

• Urusan sistem fail.

• Urusan surat masuk dan keluar.

• Urusan pengendalian surat terperingkat.

• Urusan kad perakam waktu.

• Urusan Pengendalian telefon.

• Urusan penggunaan kenderaan.

• Urusan perkhidmatan kaunter dan penyambut tetamu.

• Urusan menyelia kerja kebersihan.

• Urusan Pengurusan mesyuarat.

• Urusan maklumbalas kualiti (Peti Cadangan).

• Urusan tempahan bilik mesyuarat.

2. Unit Perkhidmatan

• Urusan Pengisian jawatan.

• Urusan pengesahan perlantikan.

• Urusan pengesahan jawatan dan kemasukan dalam jawatan berpencen.

• Urusan penanggungan kerja/pemangkuan kerja.

• Urusan pinjaman perumahan,kenderaan dan komputer.

• Urusan persaraan

• Urusan cuti.

• Urusan penilaian prestasi.

• Urusan pengisytiharan harta.

• Urusan tatatertib.

• Urusan pengurusan data HRMIS dan eSis.

• Urusan kenaikan pangkat.

3. Unit Kewangan

• Urusan penyediaan Anggaran perbelanjaan

• Urusan perolehan bekalan/perkhidmatan/kerja.

• Urusan bayaran

• Urusan Penyediaan gaji

• Urusan penerimaan Vot/Hasil jabatan

• Urusan panjar wang runcit.

• Urusan mengurus teguran akauntan Negara/Perbendaharaan/Audit.

• Memohon peruntukan.

4. Unit Stor

• Urusan stor iaitu merancang keperluan,terima,rekod,simpan dan pengeluaran.

• Urusan pemeriksaan dan verifikasi stok.

• Urusan pemeriksaan stor.

• Urusan pelupusan harta awam.