𝐑𝐎𝐀𝐃𝐒𝐇𝐎𝐖 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐂𝐎𝐌𝐁𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

𝟐𝟕 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔| 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

Politeknik Mersing bersama dalam membenteras bahaya denggi. Sebagai meningkatkan kesedaran warga Politeknik Mersing tentang bahaya penyakit denggi serta langkah-langkah pencegahannya, PROSIS Politeknik Mersing bersama Unit Promosi Kesihatan PKD Mersing dan COMBI Daerah Mersing telah melaksanakan Program Roadshow Denggi di sekitar Politeknik Mersing.

Seramai lebih kurang 35 orang telah dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk meronda kawasan Politeknik Mersing, mengedar risalah serta memberi pendidikan tentang cara mencegah penyakit denggi dengan Kempen 10 Minit Cari dan Musnah pada setiap minggu kepada para pelajar serta kakitangan Politeknik Mersing.

Program ini sedikit sebanyak telah memberi peluang kepada para sukarelawan PROSIS dan COMBI untuk menjadi jurucakap dalam mempromosi teras Agenda Nasional Malaysia Sihat kepada komuniti.

Semoga program anjuran bersama seperti ini dapat memberi impak yang positif dalam menjayakan Agenda Nasional Malaysia Sihat.