π’π„π’πˆ β€œππŒπ‰ 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐆 π“πˆππ†π†πˆβ€πŸπŸŽπŸπŸ’ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ

πŸπŸ– π€ππ‘πˆπ‹ πŸπŸŽπŸπŸ’ | 𝐀𝐇𝐀𝐃 | π‹πŽπƒπ†π„ πƒπ„π‹πˆπŒπ€ π’π€π‘πˆ, ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‘π’πˆππ†

Politeknik Mersing berbesar hati menerima kunjungan dari YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Bin Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti ke Politeknik Mersing untuk melancarkan Flag Off bagi CTF Grand Finale 2024, PMJ Jumpers dan SmartGreen PMJ.

Sebanyak empat (4) kumpulan CTF dari Politeknik Mersing, dan satu (1) kumpulan CTF dari Politeknik Ungku Omar akan ke pertandingan CTF Grand Finale 2024 anjuran rawSEC di peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada bulan Mei 2024.

Manakala untuk PMJumpers, agenda melibatkan pentauliahan 6 orang pelajar PMJ sebagai jurulatih dan juri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, pemilihan 3 orang atlet PMJumpers mewakili Malaysia dalam kejohanan Asean Cup Jump Rope di Bangkok, Thailand yang berlangsung bulan Ogos 2024 dan kejayaan 8 orang pelajar yang terpilih ke Singapore Championship Jump Rope, Singapore yang berlangsung pada akhir September 2024. Selamat maju jaya kepada semua pelajar Politeknik Mersing yang terlibat dalam pertandingan ini.

Akhir sekali, beliau turut merasmikan projek β€œHydroponic Agriculture using Smart IOT” dikendalikan oleh SmartGreen PolyCC PMJ dgn kerjasama Industry Sayur Kita.Asia (IOC Projek).

Semoga dengan pelancaran program yang berimpak tinggi ini mampu meningkatkan kredibiliti PMJ dalam setiap lapangan dan seterusnya menjadikan PMJ sebagai sebuah institusi TVET yang terbaik. Semoga ianya menjadi titik permulaan untuk kejayaan yang lebih hebat bagi tahun 2024 bagi Politeknik Mersing sesuai dengan tagline PMJ iaitu PMJ terbang tinggi.