Unit Warden
- Details
- Hits: 1138
Pengenalan
Kebajikan pelajar yang tinggal di kolej kediaman diberi perhatian oleh pihak warden. Warden memainkan peranan penting dalam membantu dan menjaga kebajikan pelajar agar sentiasa berada pada tahap yang baik dan sejahtera. Warden juga berperanan sebagai fasilitator, penasihat dan pembimbing pelajar. Peranan seterusnya yang dimainkan oleh warden ialah sebagai penguatkuasa peraturan. Walaupun warden dianggap sebagai penasihat atau pembimbing dan mempunyai budi bicara tertentu, tetapi bagi pelajar yang gagal mematuhi peraturan kolej kediaman para warden perlu bertindak tegas dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Warden kolej kediaman juga berperanan sebagai penasihat kepada Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) dalam merancang dan menjayakan aktiviti kolej kediaman pada setiap semester pengajian.