Polygreen PMJ telah membuat pelancaran PMJ TOWARDS PLASTIC FREE CAMPUS 2020 pada 01 Mac 2020. Bagi menyokong kempen Kelestarian Kampus Hijau, perkara seperti berikut akan dilaksanakan bermula dari bulan September ini.

1. Bermula dari 1HB.SEPTEMBER 2020 , pada setiap hari RABU tiada lagi penggunaan barangan plastik sama ada beg plastik, bekas makanan atau minuman di Kafeteria / Kantin pelajar.

2. Pelajar digalakkan untuk membawa bekas sendiri jika ingin membungkus makanan bagi mendapatkan potongan harga sebanyak 50 sen.

3. Manakala cas sebanyak 50 sen akan dikenakan kepada pelajar jika menggunakan bekas yang disediakan oleh pihak Kafeteria / Kantin.

4. Bermula 1hb.September 2020 Semua Pembekal Makanan dari luar perlu mematuhi arahan Larangan Penggunaan Bekas Makanan & Minuman Plastik dan Beg Plastik di kampus pada setiap hari RABU.