๐‚๐€๐Š๐๐€ ๐„๐—๐€๐Œ ๐๐Œ๐‰ โ€” ๐’๐Ž๐Š๐Ž๐๐†๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐Œ๐‰

๐Ÿ๐Ÿ– ๐๐Ž๐•๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“ | ๐๐Œ๐‰

Sempena Peperiksaan Akhir Sesi 1: 2025/2026, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Politeknik Mersing Johor (PMJ) telah melaksanakan program Cakna Exam sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan pelajar PMJ.

Pada hari ini, Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah, Pn. Azreen binti Khamis, Timbalan Pengarah, En. Shahrulnizam bin Siran, Timbalan Pengarah Pembangunan, Pn. Siti Norafizah Ab Aziz, Ketua Jabatan HEP dan Wakil HEP jabatan bersama-sama turun padang bagi menyampaikan juadah serta memberi semangat kepada para pelajar.

Kehadiran pihak pengurusan PMJ bertujuan menunjukkan sokongan moral dan memastikan pelajar berasa dihargai sewaktu menghadapi peperiksaan penting ini.

Warga PMJ mengharapkan agar inisiatif ini dapat memberi motivasi tambahan kepada semua pelajar untuk terus fokus dan memberikan prestasi terbaik dalam peperiksaan. Semoga usaha kecil ini menjadi penyuntik semangat kepada anda semua!

Read More

๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐๐‘๐ˆ๐‡๐€๐“๐ˆ๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐Œ๐€๐‡๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐๐Œ๐‰ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐Ž๐๐„-๐Ž๐…๐… ๐‘๐Œ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐Œ๐€๐‡๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐€๐๐€๐Š ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

๐Ÿ๐Ÿ– ๐๐Ž๐•๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“ | ๐๐Œ๐‰

Kerajaan Negeri Johor terus komited membantu anak jati Johor yang sedang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi melalui Bantuan One-Off Mahasiswa Johor bagi meringankan beban kewangan pelajar.

Alhamdulillah, seramai 1,148 mahasiswa Politeknik Mersing Johor bakal menerima bantuan RM200 seorang, melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM229,600.00.

Majlis penyerahan rasmi telah diadakan di Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ) dan disempurnakan oleh YB Hajah Rashidah Binti Ismail, ADUN Pasir Raja. Turut hadir, Ts. Dr. Robert Kerk Swee Tian, Pengarah Politeknik Mersing Johor, bagi mewakili PMJ menerima simbolik penyerahan bantuan tersebut.

Pada hari ini, pihak pengurusan turut berbesar hati menyerahkan bantuan tersebut secara rasmi kepada sebilangan kecil penerima di Dewan Permata Marjan, PMJ sebagai simbolik penyampaian kepada semua penerima di PMJ.

Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan kesejahteraan pelajar sentiasa diberi perhatian.

Bantuan ini diharapkan dapat meningkatkan motivasi para mahasiswa untuk meneruskan pengajian dengan lebih bersemangat dan berdedikasi.

Pihak PMJ mengucapkan tahniah kepada semua penerima dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Johor serta Yayasan Pelajaran Johor atas sokongan berterusan terhadap pembangunan akademik generasi muda Johor.

Read More

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐€๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

๐Ÿ๐Ÿ– ๐๐Ž๐•๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐’๐„๐‹๐€๐’๐€ | ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐†, ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

Politeknik Mersing Johor (PMJ) sekali lagi menyerlahkan komitmen terhadap budaya kerja cemerlang melalui Majlis Anugerah Apresiasi Staf PMJ 2025, sebuah acara yang meraikan warga kerja yang menunjukkan prestasi luar biasa sepanjang tahun 2025.

Majlis ini menjadi platform penghargaan kepada staf yang menonjol dalam aspek profesionalisme, kepimpinan, kreativiti, inovasi serta khidmat dedikasi yang memberi impak besar kepada kecemerlangan PMJ.

Antara anugerah utama yang disampaikan termasuk:

๐Ÿ… ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐š๐ฆ๐ฉ๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ

Mengiktiraf staf yang konsisten menampilkan imej profesional dan beretika, sekaligus mencerminkan reputasi organisasi.

Kategori Pengurusan: Puan Norazura Binti Zurali

Kategori Akademik:

JTMK: Dr. Norhafizah Binti Ismail

JKE: Puan Arifah Binti Mohd Taib

JP: Puan Jama’latun Sa’diah Binti Ramli

JPA:Puan Madihah Izyana Binti Mahadi

JMSK: Tn. Hj. Muhammad Amirul Bin Abdullah

Kategori Pelaksana: Puan Sitti Nurhaiyu Binti Abdullah

๐Ÿ… ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐‰๐š๐ฌ๐š ๐๐š๐ค๐ญ๐ข

Penghargaan kepada staf pelaksana yang menunjukkan komitmen tinggi dan prestasi kerja cemerlang melebihi jangkaan.

Penerima: YM. Raja Khairuzzaman Bin Raja Abd Rahman

๐Ÿ… ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Š๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐ฆ๐š

Diberikan kepada staf yang menunjukkan kepimpinan berwibawa, berpengaruh dan memberikan inspirasi kepada warga kerja.

Kategori Pengurusan: Encik Ahmad Azlan Bin Hamzah

Kategori Akademik:

JTMK: Encik Idris Bin Mohamed Mobin

JKE: Ts. Mohamad Zamri Bin Jamil

JP: Puan Zaluna Binti Basiron

JPA:Puan Ani Raihana Bt Rosli

JMSK: Puan Siti Amirah Binti Abdul Rahman

Kategori Pelaksana: Puan Norhamizah Bibti Ismail

๐Ÿ… ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐‰๐ข๐ฐ๐š ๐ƒ๐ข๐ง๐š๐ฆ๐ข๐ค

Mengiktiraf staf yang membawa idea kreatif, inovatif dan menyumbang kepada peningkatan produktiviti jabatan.

Kategori Pengurusan: Puan Norbizuna Binti Abdul @ Abdul Rashid

Kategori Akademik:

JTMK: Puan Munirah Binti Ab Rahman

JKE: Ts. Murugan A/L Krishnan

JP: Puan Siti Nurazani Binti Mustaffa

JPA:Puan Siti Nor Marini Bt As’ari

JMSK: En. Mohamad Najib Bin Norhan

Kategori Pelaksana: Puan Siti Anis Marina Binti Mohd Nasir

๐Ÿ… ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐š๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค ๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ข๐ค

Untuk staf akademik yang berdedikasi membimbing pelajar dalam aspek akademik serta pembangunan sahsiah.

Kategori Akademik:

JTMK: Puan Noradilah Binti Hj Sukor

JKE: Puan Norazida Binti Ali

JP: Cik Nor Izian Izzaty Binti Noor Azhar

๐Ÿ… ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐Š๐ก๐š๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก

Pengiktirafan tertinggi daripada Pengarah Politeknik Mersing kepada penerima pilihan berdasarkan sumbangan signifikan kepada institusi.

Penerima: Smartgreen PMJ

Majlis ini bukan hanya meraikan kejayaan individu, tetapi juga menggambarkan kekuatan budaya kerja, kerjasama, dan kesungguhan warga PMJ dalam memacu kecemerlangan pendidikan TVET.

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐ฌ๐ฒ๐š๐›๐š๐ฌ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐š๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก!

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga PMJ untuk terus terbang tinggi, berinovasi dan memberikan yang terbaik demi masa depan institusi serta pelajar yang kita banggakan.

Read More

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐ƒ๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐‘๐‹๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ & ๐‚๐‡๐ˆ๐“ ๐‚๐‡๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐„๐—๐‚๐„๐‹๐‹๐„๐๐‚๐„ ๐–๐ˆ๐“๐‡ ๐’๐Ž๐”๐‹ ๐‹๐„๐€๐ƒ๐ˆ๐๐† ๐–๐ˆ๐“๐‡ ๐„๐Œ๐๐€๐“๐‡๐˜ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐€๐‡๐‹๐ˆ ๐๐€๐‘๐‹๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐๐๐‚

๐Ÿ๐Ÿ• ๐๐Ž๐•๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐ˆ๐’๐๐ˆ๐ | ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Mersing Johor dengan bangganya telah menganjurkan program berprestij Sesi Lawatan Persidangan di Parlimen Malaysia dan Chit Chat Madani ‘Excellence with Soul: Leading with Empathy’.

Program yang bermula pada jam 10.30 pagi dengan Pendaftaran Pelajar ini, melibatkan Lawatan Ilmiah ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada jam 11.00 pagi. Kemuncak program pada jam 1.00 tengah hari ialah Chit Chat Madani ‘Leading Excellence with Soul’ bersama Ahli Parlimen BBC yang menampilkan panelis berwibawa: YB Dato’ Dr. Richard Rapu @ Aman Anak Begri (Ahli Parlimen P193 Betong), YB Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa (Ahli Parlimen P133 Tampin), dan YB Tuan Haji Azli bin Yusof (Ahli Parlimen P108 Shah Alam).

Program ini turut dihadiri oleh Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah Politeknik Mersing Johor dan turut mendapat kehormatan dengan kehadiran YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Semoga nilai-nilai yang dikongsikan dapat dijadikan panduan dalam setiap tindakan dan perancangan JPP.

Kami juga berharap agar sesi ini membina keyakinan dan membuka perspektif baharu kepada para pemimpin pelajar untuk memimpin dengan lebih berhemah, inklusif dan berkesan. Moga selepas ini, JPP dapat menjadi suara mahasiswa yang bukan sahaja tegas, tetapi juga penuh empati dan keprihatinan terhadap rakan-rakan pelajar di kampus.

Read More

STOP BULLY, START CARING POLYTECHNIC SOCIAL RESPONSIBILITY: BULLYING AWARENESS PROGRAM

29 Oktober 2025 – Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK5A) dari Jabatan Perdagangan, Politeknik Mersing Johor (PMJ) telah menganjurkan program โ€œStop Bully, Start Caringโ€ bertempat di Dewan SMK Mersing.

Program ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Cheerful Aerobic, forum โ€œBuddy, Not Bullyโ€, Interactive Quiz Challenge, slot โ€œSafe Internet, Safe Heartโ€, Sharing Wall, serta kaunter saringan kesihatan dan booth info PMJ.

Dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Mersing (JAPEN), Pusat Sebaran Internet Nasional (NADI) dan IPD Mersing, program ini membawa mesej penting โ€” hentikan budaya buli, sebarkan kasih dan empati.

โœจ Langkah kecil hari ini mungkin nampak sederhana, tapi impaknya mampu membina komuniti yang lebih penyayang dan harmoni esok hari.

“Stop bully, Start Caring” – Bersama Membina Komuniti Harmoni

Read More

๐€๐’๐„๐€๐ ๐‚๐”๐‹๐“๐”๐‘๐„ ๐•๐ˆ๐‹๐‹๐€๐†๐„ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ @ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐’๐„๐‹๐€๐’๐€ | ๐๐Œ๐‰, ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

Politeknik Mersing Johor (PMJ) sekali lagi melangkah ke hadapan dalam usaha memperkukuh antarabangsaan dan pemerkasaan pelajar melalui penganjuran Program ASEAN Culture Village 2025, yang berlangsung pada 11 hingga 15 Oktober 2025.

Program mobiliti ini menghimpunkan pelajar dari pelbagai institusi pendidikan antarabangsa di bawah satu platform yang mengetengahkan warisan budaya, bahasa dan seni ASEAN. Antara Institusi yang menyertai ialah Politeknik Negeri Bandung @Politeknik Negeri Bandung, IPB University @IPB University, Politeknik Kampar, Universitas Ibnu Sina, Institut Teknologi & Bisnis Asia dan Sekolah Tinggi Agama Islam Ibnu Sina.

Selama lima hari, para peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif seperti persembahan kebudayaan, bengkel seni canting batik, eksplorasi mersing dan Johor Bahru, pertukaran bahasa, serta aktiviti komuniti yang menggalakkan semangat perpaduan dan persefahaman antara budaya.

Penganjuran ini juga sejajar dengan hasrat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara dan fokus JPPKK dalam memperkukuh program berimpak tinggi berteraskan antarabangsaan. Ia bukan sahaja memupuk keterbukaan pelajar terhadap pelbagai budaya, tetapi turut memperkasa kemahiran insaniah seperti komunikasi antara budaya, kepimpinan, dan kerja berpasukan.

Dengan tema โ€œFood, Cultural & Languageโ€, program ini menjadikan Johor, khususnya Politeknik Mersing, sebagai hab jaringan kolaboratif dan destinasi budaya serantau, sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan tinggi antarabangsa.

Sekalung penghargaan dan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga penganjuran program seperti ini akan diteruskan di masa akan datang.

Read More

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ “๐‚๐ˆ๐“๐‘๐€ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€: ๐‘๐„๐Š๐‘๐”๐“ ๐๐ˆ๐‰๐€๐Š, ๐€๐’๐€๐‡ ๐๐Ž๐“๐„๐๐’๐ˆ, ๐๐ˆ๐๐€ ๐Œ๐€๐’๐€ ๐‡๐€๐ƒ๐€๐๐€๐”

๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐ˆ๐’๐๐ˆ๐ | ๐๐Œ๐‰

Jabatan Perdagangan, Politeknik Mersing Johor telah menganjurkan program โ€œCitra Kerjaya: Rekrut Bijak, Asah Potensi, Bina Masa Hadapanโ€ yang berlangsung di Dewan Mutiara Utama, Politeknik Mersing Johor.

Program ini melibatkan rakan kolaborasi JP iaitu Encik Fikhrie bin Muhammadon, Pengarah Urusan Fine Ways Travel & Tours Sdn. Bhd., dan Puan Adriana binti Adam, Ketua Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, Pengerang Gas Solution Sdn. Bhd.

Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai amalan sebenar industri dalam proses recruitment and selection serta training and development. Melalui perkongsian pengalaman daripada pakar sumber manusia, pelajar dapat menghubungkan teori yang dipelajari dalam kursus Human Resource Management (HRM) dan Human Resource Development (HRD) dengan aplikasi praktikal di dunia pekerjaan.

Program ini juga membantu pelajar menghadapi cabaran kerjaya, selain membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi, serta keupayaan merancang dan mengurus kerjaya melalui interaksi langsung bersama pakar industri.

Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam aspek recruitment and selection serta training and development, di samping memberi pendedahan kepada realiti cabaran dan amalan terbaik pengurusan sumber manusia dalam pelbagai organisasi. Secara tidak langsung, ia turut meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi, serta kesedaran pelajar tentang kepentingan pembangunan kerjaya secara berterusan.

Read More

๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐† ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐†๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐‹๐„๐’๐“๐€๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐˜๐‚๐‚๐’๐”๐’๐“๐€๐–๐€๐‘๐ƒ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

๐Ÿ๐Ÿ— ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐ˆ๐’๐๐ˆ๐ | ๐ˆ๐๐Ž๐‡, ๐๐„๐‘๐€๐Š

Politeknik Mersing Johor telah melakar kejayaan yang membanggakan di Anugerah PolyCCSustAward 2025 yang berlangsung pada 29 September 2025 bertempat di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak yang bertemakan Innovation Towards Sustainability Empowerment.

Majlis tersebut dianjurkan oleh SmartGreen, Bahagian Kurikulum, dan JPPKK dengan kerjasama Politeknik Ungku Omar.

PMJ berjaya menerima 3 anugerah bagi 3 Bidang Tumpuan iaitu :

1) Anugerah Terbilang Kemampanan โ€“ Johan :

Bidang Tumpuan 1 : Pengurusan Pendidikan & Penyelidikan

2) Anugerah Terbilang Kemampanan โ€“ Johan :

Bidang Tumpuan 7 : Perolehan Hijau

3) Anugerah Gemilang Kemampanan โ€“ Naib Johan:

Bidang Tumpuan 3 : Pengurusan Alam Sekitar & Landskap

Politeknik Mersing juga turut menerima Anugerah UI GreenMetric World University Ranking 2024 dengan kedudukan ke-618.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan SmartGreen PMJ atas dedikasi dan komitmen yang telah ditunjukkan dalam menggalas tanggungjawab menjaga kelestarian alam sekitar. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk Politeknik Mersing Johor terus terbang tinggi dalam memperkukuhkan amalan kelestarian di masa hadapan! ๐ŸŒ๐ŸŒฟ

Read More