𝟐𝟗 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍 | 𝐈𝐏𝐎𝐇, 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊

Politeknik Mersing Johor telah melakar kejayaan yang membanggakan di Anugerah PolyCCSustAward 2025 yang berlangsung pada 29 September 2025 bertempat di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak yang bertemakan Innovation Towards Sustainability Empowerment.

Majlis tersebut dianjurkan oleh SmartGreen, Bahagian Kurikulum, dan JPPKK dengan kerjasama Politeknik Ungku Omar.

PMJ berjaya menerima 3 anugerah bagi 3 Bidang Tumpuan iaitu :

1) Anugerah Terbilang Kemampanan – Johan :

Bidang Tumpuan 1 : Pengurusan Pendidikan & Penyelidikan

2) Anugerah Terbilang Kemampanan – Johan :

Bidang Tumpuan 7 : Perolehan Hijau

3) Anugerah Gemilang Kemampanan – Naib Johan:

Bidang Tumpuan 3 : Pengurusan Alam Sekitar & Landskap

Politeknik Mersing juga turut menerima Anugerah UI GreenMetric World University Ranking 2024 dengan kedudukan ke-618.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan SmartGreen PMJ atas dedikasi dan komitmen yang telah ditunjukkan dalam menggalas tanggungjawab menjaga kelestarian alam sekitar. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk Politeknik Mersing Johor terus terbang tinggi dalam memperkukuhkan amalan kelestarian di masa hadapan! 🌍🌿