𝟐𝟖 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 | 𝐏𝐌𝐉

Sempena Peperiksaan Akhir Sesi 1: 2025/2026, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Politeknik Mersing Johor (PMJ) telah melaksanakan program Cakna Exam sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan pelajar PMJ.

Pada hari ini, Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah, Pn. Azreen binti Khamis, Timbalan Pengarah, En. Shahrulnizam bin Siran, Timbalan Pengarah Pembangunan, Pn. Siti Norafizah Ab Aziz, Ketua Jabatan HEP dan Wakil HEP jabatan bersama-sama turun padang bagi menyampaikan juadah serta memberi semangat kepada para pelajar.

Kehadiran pihak pengurusan PMJ bertujuan menunjukkan sokongan moral dan memastikan pelajar berasa dihargai sewaktu menghadapi peperiksaan penting ini.

Warga PMJ mengharapkan agar inisiatif ini dapat memberi motivasi tambahan kepada semua pelajar untuk terus fokus dan memberikan prestasi terbaik dalam peperiksaan. Semoga usaha kecil ini menjadi penyuntik semangat kepada anda semua!