
ππ πππππππ ππππ | πππππ | πππ
Jabatan Perdagangan, Politeknik Mersing Johor telah menganjurkan program βCitra Kerjaya: Rekrut Bijak, Asah Potensi, Bina Masa Hadapanβ yang berlangsung di Dewan Mutiara Utama, Politeknik Mersing Johor.
Program ini melibatkan rakan kolaborasi JP iaitu Encik Fikhrie bin Muhammadon, Pengarah Urusan Fine Ways Travel & Tours Sdn. Bhd., dan Puan Adriana binti Adam, Ketua Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, Pengerang Gas Solution Sdn. Bhd.
Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai amalan sebenar industri dalam proses recruitment and selection serta training and development. Melalui perkongsian pengalaman daripada pakar sumber manusia, pelajar dapat menghubungkan teori yang dipelajari dalam kursus Human Resource Management (HRM) dan Human Resource Development (HRD) dengan aplikasi praktikal di dunia pekerjaan.
Program ini juga membantu pelajar menghadapi cabaran kerjaya, selain membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi, serta keupayaan merancang dan mengurus kerjaya melalui interaksi langsung bersama pakar industri.
Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam aspek recruitment and selection serta training and development, di samping memberi pendedahan kepada realiti cabaran dan amalan terbaik pengurusan sumber manusia dalam pelbagai organisasi. Secara tidak langsung, ia turut meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi, serta kesedaran pelajar tentang kepentingan pembangunan kerjaya secara berterusan.

