𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐒𝐓𝐔𝐃𝐄𝐍𝐓 πŒπŽππˆπ‹πˆπ“π˜: π†π‹πŽππ€π‹πˆπ™πˆππ† π„ππ“π‘π„ππ‘π„ππ„π”π‘π’π‡πˆπ

πŸ‘πŸŽ 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’ | 𝐀𝐇𝐀𝐃 | π’π”π‘π€ππ€π˜π€, πˆππƒπŽππ„π’πˆπ€

Unit Hal Ehwal Pelajar Antarabangsa (HEPA) dengan kerjasama Jabatan Perdagangan (JP) dan Unit Keusahawanan (UKS) Politeknik Mersing dengan jayanya telah mengadakan program “TVET Student Mobility: Globalizing Entrepreneurship” di Politeknik Ubaya, Surabaya, Indonesia pada 26-30 Jun 2024 yang lalu. Sepanjang program ini, peserta telah didedahkan kepada pelbagai aspek keusahawanan global melalui sesi ceramah, bengkel praktikal, dan lawatan industri di PT Borwita Citra Prima, Surabaya, Indonesia yang mana salah satu industri yang besar dan aktif dalam pelaksanaan pengedaran produk makanan. Kerjasama erat antara Unit Hal Ehwal Pelajar Antarabangsa, Jabatan Perdagangan, dan Unit Keusahawanan telah memastikan setiap aktiviti dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Selain itu, program ini turut merangkumi aktiviti khidmat masyarakat di Desa Tosari. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran dan penglibatan mereka dalam pembangunan komuniti tetapi, para peserta diberikan peluang untuk saling berkongsi idea dan pendapat bersama para usahawan di desa tersebut. Aktiviti ini juga merangkumi aspek ilmiah dan komunikasi dimana peserta membantu penduduk di Desa Tosari untuk berinteraksi dan berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris. Program ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran keusahawanan para peserta, tetapi juga memperluas jaringan mereka di peringkat antarabangsa. Maklum balas positif daripada peserta dan penceramah menunjukkan bahawa objektif program telah dicapai dengan cemerlang. Di samping itu, pelajar-pelajar juga menunjukkan minat yang mendalam untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam projek-projek keusahawanan mereka di masa hadapan. Secara keseluruhan, program ini telah berjaya meletakkan asas yang kukuh bagi memperkasa keusahawanan dalam kalangan pelajar TVET, sekaligus mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran dalam ekonomi global, sambil menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat melalui aktiviti khidmat masyarakat.

Read More

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ ππ„ππ€π’πˆπ‡π€π“ πˆππƒπ”π’π“π‘πˆ (π‰ππˆ) ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‘π’πˆππ†

πŸŽπŸ’ π‰π”π‹π€πˆ πŸπŸŽπŸπŸ’ | πŠπ‡π€πŒπˆπ’ | π‚π˜ππ„π‘π’π„π‚π”π‘πˆπ“π˜ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

Unit CISEC PMJ telah mengadakan satu mesyuarat jawatankuasa penasihat industri (JPI) yang bertujuan untuk membangun dan mengukuhkan hubungan antara Politeknik mersing dan pihak industri. Juga, mesyuarat ini turut membincangkan hala tuju dan menilai potensi kerjasama dalam pelbagai aspek bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dato’ Ts. Dr. Hj. Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia. Ahli mesyuarat yang lain yang hadir adalah terdiri dari 6 syarikat iaitu Supreme Didactic Sdn. Bhd., Syarikat Jun Chong Sdn Bhd, Suria Pembekal Umum Sdn. Bhd., Yann Riff Empire, Akar Indah Engineering dan SL Cybersec Solutions Sdn Bhd.

Antara yang dibincangkan ialah data dan pencapaian PMJ sepanjang tahun 2024 melalui program-program yang berimpak tinggi yang memberi fokus kepada Pembangunan pelajar dan sinergi industry ke arah memperkasakan PMJ di lensa institusi TVET yang cemerlang.
Terdapat 3 usul yang diketengahkan pada mesyuarat kali ini, iaitu pembentukan Reskilling, Upskilling Center (RUC), sokongan program pensyarah pelawat industri dan flagship CyberSecurity bagi 4IR.
Semoga segala yang diperbincangkan berjaya direalisasikan pada tahun 2025 dan PMJ terus cemerlang terbang tinggi melakar kejayaan kelak. Terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Read More

ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (ππŽπ‹π˜π‚π‚π’πŠπˆπ‹π‹π’) πŸπŸŽπŸπŸ’

πŸ’ π‰π”π‹π€πˆ πŸπŸŽπŸπŸ’ | πŠπ‡π€πŒπˆπ’ | ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ π”ππ†πŠπ” πŽπŒπ€π‘, ππ„π‘π€πŠ

Berakhir sudah pertandingan POLYCCSKILLS 2024 yang berlansung di Zon Tengah dan keputusan rasmi di PUO telah diumumkan pada ptg tadi. 3 peserta dari Politeknik Mersing telah berjaya merangkul pingat dari 2 kategori dari 39 bidang yang dipertandingkan. Tahniah peserta dan coach semua.

IT SOFTWARE SOLUTIONS FOR BUSINESS
Pingat Emas:
NAQIB MUHAIMIN BIN MOHD FADLI
Pingat Gangsa:
IRFAN AFHAM BIN ZANODIN

Stenography
Pingat Gangsa:
NUR BALQIS BINTI ROSLAN

Coach Polyccskills PMJ:

Bidang: ⁠IT Software Solutions For Business
Ts. NOOR HAYATI BINTI BASAN
ZALIHAR BINTI EMBONG
NURUL SHAKIRAH BINTI MOHD ZAWAWI

Bidang: Stenography
NOR HAFIZAH BINTI MAHMDUDDIN
NOR IZIAN IZZATY BINTI NOOR AZHAR

Bidang: Electronics
MOHD NAZRUL EFFENDY BIN MOHD IDRUS
ABDUL SALAM BIN SAAD

Bidang: IT Network System Administration
ABDULLAH SANIY BIN ROSLAN
FAZLIE BIN YAHYA
MUHAMMAD ADIB BIN M. SALIM

Read More

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π π’πˆπ’π“π„πŒ 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 π„π‹π„πŠπ“π‘πˆπŠ π’πŽπ‹π€π‘ π“π„π‘π€π’πˆππ† ππŽπ“ ππ„π‹π€π˜π€π

πŸ‘ π‰π”π‹π€πˆ πŸπŸŽπŸπŸ’ | 𝐑𝐀𝐁𝐔 | πŠπŽπŒππ‹π„πŠπ’ π‹πŠπˆπŒ πŒπ„π‘π’πˆππ†, π‰πŽπ‡πŽπ‘

Sebanyak 21 bot nelayan Mersing menerima manfaat menerusi pemasangan sistem teknologi solar PV terasing melalui projek CSR antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
Turut sama dalam majlis ini ialah Pengarah Politeknik Mersing, Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian sebagai menghargai usaha dan tenaga yang disumbangkan oleh warga POLYCC. Semoga kerjasama antara UTM dan POLYCC terus erat dan dapat melahirkan lebih ramai graduan TVET yang berkemahiran di masa akan datang.

Read More

ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‘π’πˆππ† π€πŠπ€π πŒπ„ππ‰π€πƒπˆ 𝐓𝐔𝐀𝐍 π‘π”πŒπ€π‡ ππ€π†πˆ π…π„π’π“πˆπ•π€π‹ πŠπ„ππ”πƒπ€π˜π€π€π & π–π€π‘πˆπ’π€π (π…π„π’πŠπ„π–) πŠπ„-πŸπŸ‘, πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸ‘ π‰π”π‹π€πˆ πŸπŸŽπŸπŸ’ | 𝐑𝐀𝐁𝐔 | ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‘π‹πˆπŒπ€π”, πŒπ„π‹π€πŠπ€

Telah berlangsung satu Festival Kebudayaan & Warisan (FESKEW) Ke-12, 2024 yang diadakan di Politeknik Merlimau (PMM) dengan penuh gemilang dan meriah dengan kehadiran peserta dari POLYCC. Festival tahunan yang sangat dinantikan ini menjadi titik penemuan yang menakjubkan bagi pemuzik, seniman, dan pecinta seni dan warisan dari politeknik dan kolej komuniti seluruh Malaysia.

Dalam majlis penutup malam tadi, Pengarah PMM turut menyerahkan Bendera FESKEW kepada Pengarah Politeknik Mersing Johor, Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian selaku tuan rumah bagi penganjuran FESKEW yang Ke-13 akan datang.
Semoga dengan penganjuran festival seperti ini dapat menonjolkan lebih banyak bakat POLYCC seterusnya mengangkat martabat seni budaya dikalangan anak muda.

Read More

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 π“π€πƒππˆπ‘ 𝐔𝐑𝐔𝐒 π”ππˆπ“-π”ππˆπ“ π’πŽπŠπŽππ†π€π π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ πŠπ„ ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πˆππ‘π€π‡πˆπŒ 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍

Telah berlangsung satu Lawatan Penanda Aras Tadbir Unit-unit Sokongan Akademik Politeknik Mersing ke Politeknik Ibrahim Sultan yang diketuai oleh Ts. Suhana bt Ismail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Mersing telah disambut oleh Tuan Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah dan pengurusan PIS. Lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan dan memantapkan lagi tadbir urus unit-unit sokongan serta perkongsian ilmu di antara PIS dan PMJ untuk manfaat kedua-dua institusi.
Terima kasih atas semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga kerjasama ini terus berkembang dan memberikan impak positif kepada semua pihak yang terlibat.
credit πŸ“Έ UidmPIS

Read More

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 πŠπŠπŠππˆπ’ πŠπ„ πŠπ„π‹π€π πŸπŠπ‘π’ ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‘π’πˆππ†

Telah berlangsung satu Lawatan Penanda Aras Kelab Kebajikan Kakitangan PIS ke Kelab Kebajikan dan Rekreasi Staf Politeknik Mersing, Johor. Lawatan ini bertujuan untuk pengkongsian aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun yang memberi impak kepada organisasi.

Semoga lawatan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua kelab dan memberikan inspirasi untuk melaksanakan lebih banyak aktiviti kebajikan yang bermanfaat pada masa hadapan. Terima kasih atas semua pihak yang terlibat dengan lawatan ini secara langsung ataupun tidak langsung.

Read More

ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (ππŽπ‹π˜π‚π‚π’πŠπˆπ‹π‹π’) πŸπŸŽπŸπŸ’

Politeknik Mersing akan menghantar 8 peserta dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, dan Jabatan Teknologi dan Maklumat menyertai pertandingan Kemahiran Polyccskills dalam bidang Stenography, Electronics, IT Software Solutions for Business, dan IT Network System Administration.

Pertandingan Polyccskills yang akan disertai oleh Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia adalah platform untuk peserta dan institusi untuk menunjukkan kecekapan dan kemahiran yang telah dipelajari dan diasah melalui pendidikan formal dan latihan praktikal. Ini adalah kesempatan bagi mereka untuk berinteraksi, berkongsi pengetahuan, dan menguji kemampuan mereka dalam suasana yang kompetitif.

Berikut adalah senarai pelajar yang akan mewakili Politeknik Mersing:-

Bidang: IT Software Solution For Business
Naqib Muhaimin Bin Mohd Fadli (25DDT22F1106)
Irfan Afham Bin Zanodin (25DDT22F1025)

Bidang: Stenography
Nur Balqis Binti Roslan (25DSK22F1008)
Sara Irdeena Bariyya Binti Abdullah (25DSK22F1031)
Nurul Shuhada Binti Roslan (25DSK22F1032)

Bidang: IT Network System Administration
Low Shu Jun (25DDT23F1176)
Soh Xin Wen (25DDT23F1177)

Bidang: Electronics
Mohammad Syaheer Bin Mohd Sha’izan (25DET23F1020)
Diharap berkat kesungguhan jurulatih dalam membimbing peserta untuk mewakili Politeknik Mersing dalam Pertandingan Kemahiran Polyccskills 2024 akan membuahkan hasil dengan kemenangan dalam bidang masing-masing.
Semoga berjaya ke membawa pingat dan mengangkat kejayaan untuk Politeknik Mersing dan moga PMJ maju lebih tinggi. Selamat Maju Jaya Team Polyccskills Politeknik Mersing !

Read More

ππ„ππ†πŠπ„π‹ πŠπ„π”π’π€π‡π€π–π€ππ€π – π’π˜π€π‘πˆπŠπ€π“ ππ„πŒπ”π‹π€ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 ππ„π‘π€π’π€π’πŠπ€π πˆππŽπ•π€π’πˆ & π“π„πŠππŽπ‹πŽπ†πˆ

UKS Politeknik Mersing telah menghantar 2 orang pelajar JTMK ke Bengkel Keusahawanan – Syarikat Pemula Pelajar Berasaskan Inovasi & Teknologi yang dianjurkan oleh Keusahawanan PolyCC Zon Johor pada 24 – 25 Jun 2024 di Riverview Hotel, Kluang
Tahniah, pelajar berjaya merangkul Naib Johan dalam membangunkan laman web jualan dalam bidang keusahawanan.
Pelajar 1 : Mohamad Azrulnizam b Jaimiliza
Mentor : Noradilah binti Sukor
Pelajar 2 : Ahmad Nazmi b Mohd Hakimi
Mentor : Wan Burhanuding b Ibrahim
Read More

πŠπ„π‰πŽπ‡π€ππ€π π‘π€π†ππˆ ππŽπ‹π˜ πŸ•π’ ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

Telah berlangsung Kejohanan Ragbi Poly 7s Politeknik Malaysia bertarikh 21 – 23 Jun 2024 bertempat di Politeknik Merlimau Melaka. Syukur alhamdulillah beberapa pelajar PMJ telah mewakili antaranya adalah:
Lelaki
Ammar Syafiq bin Emran (JKE)
Firdaus bin Hazman (JKE)
Wan Muhammad Danish Haziq bin Wan Shahuddin (JKE)
Wanita
Allysha Fitri binti Roslee (JTMK)
Bagi kategoti lelaki telah meraih tempat Ke- 4 Plate. Manakala bagi Kategori wanita meraih Emas & Johan Cup.
Terima kasih atas sokongan semua warga PMJ.
Read More