๐๐Œ๐‰ ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐Œ๐„๐‘๐€๐๐†๐Š๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ• ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐†๐‹๐Ž๐๐€๐‹ ๐’๐”๐’๐“๐€๐ˆ๐๐€๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐“๐˜ ๐€๐–๐€๐‘๐ƒ๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

๐Ÿ– ๐‰๐€๐๐”๐€๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐‡๐€๐Œ๐ˆ๐’ | ๐Š๐Ž๐Œ๐๐‹๐„๐Š๐’ ๐Š๐‘๐€๐… ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘

Politeknik Mersing Johor (PMJ) dengan penuh rasa bangga merakamkan pencapaian cemerlang apabila berjaya merangkul 17 anugerah dalam Malaysia Global Sustainability Awards (MGSA) 2025 yang berlangsung bersempena Asia Pacific Sustainability Conference pada 8 Januari 2026 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Kejayaan ini merangkumi tiga kategori utama iaitu:

๐Ÿ ๐„๐ฅ๐ข๐ญ๐ž ๐€๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐›๐š๐ ๐ข โ€“ ๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ฒ ๐๐š๐ฌ๐ž๐ ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐œ๐ญ: ๐„๐ฆ๐ฉ๐จ๐ฐ๐ž๐ซ ๐ญ๐ก๐ž ๐‹๐จ๐œ๐š๐ฅ ๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ฒ ๐จ๐Ÿ ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐€๐ฌ๐ฅ๐ข ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐€๐›๐š๐ง๐  ๐Œ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ง๐ , ๐Ÿ๐Ÿ ๐†๐ซ๐ž๐ž๐ง๐Ž๐•๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐€๐ฐ๐š๐ซ๐ dan ๐Ÿ’ ๐†๐ซ๐ž๐ž๐ง๐๐„๐—๐“ ๐€๐ฐ๐š๐ซ๐, sekali gus membuktikan komitmen PMJ dalam menerajui agenda kelestarian, inovasi hijau dan pembangunan mampan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Pencapaian ini mencerminkan usaha berterusan warga PMJ dalam memperkasa amalan kelestarian melalui pendidikan TVET, penyelidikan, inovasi serta penglibatan komuniti, sejajar dengan aspirasi negara ke arah pembangunan mampan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah MGSA 2025.

Semoga kejayaan ini terus menyuntik semangat untuk memperkukuh peranan PMJ sebagai peneraju kelestarian dan inovasi hijau dalam landskap pendidikan tinggi negara.

Read More

๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐” ๐“๐‘๐€๐๐’๐…๐Ž๐‘๐Œ๐€๐’๐ˆ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ (๐Œ๐“๐’) ๐’๐„๐’๐ˆ ๐ˆ๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐Œ๐‰

oliteknik Mersing Johor (PMJ) telah melaksanakan Minggu Transformasi Siswa (MTS) bagi pelajar baharu Sesi II 2025/2026 yang berlangsung pada 5 hingga 9 Januari 2026.

Seramai 128 orang pelajar baharu telah mendaftar, melibatkan tiga jabatan akademik utama iaitu:

โ–ช๏ธ Jabatan Kejuruteraan Elektrik

โ–ช๏ธ Jabatan Perdagangan

โ–ช๏ธ Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Pelaksanaan MTS ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai persekitaran kampus, sistem pembelajaran, peraturan institusi serta pembentukan sahsiah dan jati diri sebagai mahasiswa TVET yang berdaya saing.

โ€œ๐‘†๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐‘‘๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘›๐‘–๐‘Žโ„Ž ๐‘˜๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘ ๐‘’๐‘š๐‘ข๐‘Ž ๐‘๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘—๐‘Ž๐‘Ÿ ๐‘๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ข. ๐ฝ๐‘Ž๐‘‘๐‘–๐‘˜๐‘Ž๐‘›๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘’๐‘™๐‘ข๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘–๐‘š๐‘๐‘Ž ๐‘–๐‘™๐‘š๐‘ข ๐‘‘๐‘– ๐‘ƒ๐‘œ๐‘™๐‘–๐‘ก๐‘’๐‘˜๐‘›๐‘–๐‘˜ ๐‘€๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘–๐‘›๐‘” ๐ฝ๐‘œโ„Ž๐‘œ๐‘Ÿ ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘”๐‘Ž๐‘– ๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž๐‘  ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘๐‘–๐‘›๐‘Ž ๐‘š๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐‘‘๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘› ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘๐‘’๐‘š๐‘’๐‘Ÿ๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘”, ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘”๐‘Ÿ๐‘–๐‘ก๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘‘๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘ ๐‘Ž๐‘–๐‘›๐‘” ๐‘ ๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘  ๐‘‘๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘’๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘™๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘–๐‘›๐‘‘๐‘ข๐‘ ๐‘ก๐‘Ÿ๐‘–.โ€

Read More

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐”

๐Ÿ“ ๐‰๐€๐๐”๐€๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” |๐ˆ๐’๐๐ˆ๐ | ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐†, ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

Sekitar suasana Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi II 2025/2026 di Politeknik Mersing Johor, yang berlangsung dengan teratur dan lancar.

Kehadiran para pelajar bersama ahli keluarga mencerminkan permulaan satu fasa baharu dalam dunia pendidikan tinggi TVET. Warga kerja PMJ turut berganding bahu memastikan urusan pendaftaran berjalan dengan cekap demi keselesaan pelajar.

Selamat datang kepada seluruh warga baharu Politeknik Mersing Johor.

Semoga pengalaman pembelajaran di PMJ menjadi landasan kepada kejayaan masa hadapan.

Read More

๐๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐–๐Ž๐‘๐‹๐ƒ ๐•๐Ž๐‚๐€๐“๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐‚๐Ž๐‹๐‹๐„๐†๐„ ๐’๐Š๐ˆ๐‹๐‹๐’ ๐‚๐Ž๐Œ๐๐„๐“๐ˆ๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

๐Ÿ๐ŸŽ ๐๐Ž๐•๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐ˆ๐’๐๐ˆ๐ | ๐‚๐‡๐ˆ๐๐€

26 Oktober – 10 November 2025 – Dongying Vocational College of Science and Technology dan Tianjin Light Industry Vocational Technical College (TLIVTC)

2 orang pelajar PMJ, seorang pelajar UTHM dan seorang pelajar Dongying Vocational College of Science and Technology telah melalui siri latihan selama 2 minggu di Dongying Vocational College of Science and Technology sebagai persiapan pertandingan.

Tahniah kepada semua pelajar iaitu:

1. Nur Syahirah Izzati Binti Rohaizad (PMJ)

2. Pavitra A/P Suresh (PMJ)

3. Kerk Ming Teng (UTHM)

4. Cui Yun Xiao (DYKJ)

yang telah menunjukkan komitmen sepanjang latihan dan pertandingan World Vocational College Skills Competition 2025 hari ini di Tianjin Light Industry Vocational Technical College (TLIVTC) pada 10 November 2025. Kumpulan ini telah berjaya mendapat tempat ke 6 daripada 18 kumpulan yang bertanding. Penyertaan pertandingan ini disertai dari luar negara seperti Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Ireland dan Russia.

Penyertaan pertandingan ini memberi peluang besar kepada pelajar mengasah kemahiran komunikasi serta mengenal budaya negara China di dalam penyertaan pertandingan.

Read More

Lawatan Akademik dan Latihan Antarabangsa: Vocational Competence Enhancement Training Course for Intelligent Manufacturing Teachers

27 Oktober – 2 November 2025, Baoji Vocational & Technical College, Baoji China

Politeknik Mersing Johor (PMJ) bersama International TVET Academy (ITA) dan ADTEC JTM Kampus Ipoh telah menyertai lawatan akademik dan latihan selama tujuh hari ke Baoji Vocational & Technical College, Baoji China. Program ini memberi fokus kepada latihan dalam bidang pembuatan pintar (smart manufacturing) merangkumi teknologi automasi dan integrasi sistem. Lawatan kerja ke industri seperti Baoji Zhongcheng Machine Tool Co. Ltd. dan Geely Manufacturing Plant juga dilaksanakan bagi melihat sendiri amalan baik industri yang diamalkan di negara China. Ini merupakan inisiatif kerjasama strategik antarabangsa antara PMJ dan Baoji Vocational & Technical College dalam usaha memperkukuh jaringan pendidikan, penyelidikan dan pembangunan kompetensi tenaga pengajar.

PMJ diwakili oleh:

1. En. Shahrulnizam bin Siran – Timbalan Pengarah Pembangunan

2. En. Shudermawan bin Jaruman โ€“ Pensyarah JKE

3. Ts. Mohd Farid bin Rahat โ€“ Pensyarah JKE

4. En. Kamarul Faiz bin Mihaj โ€“ Pensyarah JKE

Selain pengisian teknikal, pensyarah turut diberi pendedahan menyeluruh terhadap budaya kerja di sana seperti disiplin masa, pengurusan tugas yang sistematik serta semangat kerja berpasukan. Di samping itu, peserta juga berpeluang memahami budaya dan adat resam masyarakat setempat melalui sesi perkongsian, aktiviti sosial serta lawatan ke beberapa lokasi budaya. Pendedahan ini merangkumi nilai hormat-menghormati, cara interaksi masyarakat dan etika dalam majlis rasmi.

Program ini bukan sahaja membuka ruang untuk pertukaran ilmu dan teknologi, tetapi juga menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan China, khususnya dalam bidang pendidikan. Politeknik Mersing Johor yakin bahawa hasil daripada program ini akan membawa manfaat besar kepada semua pihak dan menjadi asas kukuh bagi menjalin kerjasama strategik antarabangsa yang berterusan pada masa hadapan.

Read More

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐‚๐Ž๐…๐…๐„๐„๐๐‘๐„๐๐„๐”๐‘๐’๐‡๐ˆ๐: โ€œ๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐“๐€ ๐’๐Š๐ˆ๐‹๐‹๐’ & ๐๐”๐’๐ˆ๐๐„๐’๐’ ๐ˆ๐๐’๐ˆ๐†๐‡๐“๐’โ€

๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐ˆ๐’๐๐ˆ๐ | ๐๐Œ๐‰

Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Coffeepreneurship: โ€œBarista Skills & Business Insightsโ€yang menampilkan perkongsian ilmu dan pengalaman berharga daripada usahawan muda Black Pearl Coffee, Mersing. Penceramah jemputan, Encik Saif Iskandar Zulkarnain bin Abdullah, Pengarah Urusan Black Pearl Coffee Mersing, turut disertai oleh Cik Nur Alia Nafisa binti Abdullah, pelajar Diploma Perniagaan (DPM 1B) yang juga merupakan usahawan muda dalam bidang kopi.

Program ini merupakan inisiatif Jabatan Perdagangan di bawah slot Pensyarah Pelawat Industri, bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kemahiran barista, perkembangan industri kopi serta potensi keusahawanan dalam bidang Food & Beverage (F&B) bagi memantapkan lagi Industri in Campus Jabatan Perdagangan di bawah projek D’Biz. Peserta terdiri daripada pelajar Kursus Keusahawanan Digital daripada program Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK 4A) dan Diploma Pengurusan Perniagaan (DPM 4A)

Pihak PMJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penceramah jemputan atas kesudian berkongsi ilmu serta kepada semua pensyarah dan pelajar Jabatan Perdagangan yang terlibat menjayakan program ini.

Read More

๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐ˆ๐’๐Ž ๐Ÿ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ๐Ÿ:๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ– ๐„๐ƒ๐”๐‚๐€๐“๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐Ž๐‘๐†๐€๐๐ˆ๐™๐€๐“๐ˆ๐Ž๐๐’ ๐Œ๐€๐๐€๐†๐„๐Œ๐„๐๐“ ๐’๐˜๐’๐“๐„๐Œ๐’ (๐’๐”๐‘๐•๐„๐ˆ๐‹๐‹๐€๐๐‚๐„ ๐Ÿ)

๐Ÿ– ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐‘๐€๐๐” | ๐๐Œ๐‰

Audit ISO 21001:2018 Educational Organizations Management Systems (Surveillance 1) di Politeknik Mersing Johor telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari bermula 6 hingga 8 Oktober 2025.

Audit ini telah dikendalikan oleh Juruaudit SIRIM iaitu Pn. Nursheirie Sheiriena Binti Mohammad Zaโ€™im. Dapatan Audit mencatatkan keputusan yang membanggakan iaitu TIADA NCR atau OFI dilaporkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga PMJ atas komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan yang luar biasa sepanjang proses audit berlangsung.

Pensijilan ini membuktikan usaha berterusan PMJ dalam mengekalkan sistem pengurusan organisasi pendidikan yang berkualiti, cekap dan berkesan.

Read More

YOU’RE HIRED WITH PERKESO

SEPTEMBER 29, 2025 | MONDAY | PEARL HALL MAIN

English Language Unit, Department of General Studies has organized the โ€œYouโ€™re Hiredโ€ Program with PERKESO which emphasizes the preparation aspect of students in facing the job environment.

The program is aimed at 4th and 5th semester students from the Department of Electrical Engineering as well as the Department of Commerce, with the aim of providing early exposure to the career opportunities available in the current market. Among the main topics highlighted include the importance of building a quality resume, basic skills that graduates must possess, as well as important needs to pay attention to before stepping into the job world.

Through the partnership with PERKESO, students not only acquire information about career paths and job opportunities, but also understand essential requirements before stepping into the world of employment. The program is hopefully able to increase students’ level of readiness to compete competitively as well as adapt to industry needs.

Read More

STRATEGIC COLLABORATION CERTIFICATE SIGNING CEREMONY

8 October 2025 – The leadership line as well as the Corporate, Industrial, Services and Employability Center (CISEC) Unit of Polytechnic Mersing Johor (PMJ) have organized a Certificate Signing Ceremony for Strategic Collaboration with seven industries and government agencies in the Department of Polytechnic Education and Community College (JPPKK), Ministry of Higher Education, Putrajaya.

This ceremony was completed by PMJ Director, Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, accompanied by Deputy Director, Pn. Azreen binti Khamis, along with the following collaboration partners:

Honorable KP Mohamad Rosidek bin Musa

Senior Director of Prison Policy Division, Malaysia Prisons Department

Kamal Aryf bin Baharuddin

CEO, PMCare Sdn. Bhd.

Tim Chan

General Manager, Huacomm Telecommunication Engineering Sdn. Bhd.

Reza bin Khalid court

Chief Technology Officer, Bluesify Solutions Sdn. Bhd.

Mohamad Fikhrie bin Muhammadon

Managing Director, Fine Ways Travel & Tours Sdn. Bhd.

Noor Kasmara bin Mohd Sokarnor

Director of Management, Photolawa & Event Services

Hafizi bin Harun

General Manager, Compassionate Asia Sdn. Bhd.

This strategic path is also reinforced by partnership from TalentCorp on a range of initiatives including the National Structured Internship Programme (MySIP) โ€” which provides industry opportunities to become a quality platform in guiding industry internship trainees shaping their potential and future.

May this collaboration open up more spaces and opportunities for PMJ students to move with the industry towards the progress of Malaysian Madani.

Read More