
𝟏𝟎 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍 | 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐀
26 Oktober – 10 November 2025 – Dongying Vocational College of Science and Technology dan Tianjin Light Industry Vocational Technical College (TLIVTC)
2 orang pelajar PMJ, seorang pelajar UTHM dan seorang pelajar Dongying Vocational College of Science and Technology telah melalui siri latihan selama 2 minggu di Dongying Vocational College of Science and Technology sebagai persiapan pertandingan.
Tahniah kepada semua pelajar iaitu:
1. Nur Syahirah Izzati Binti Rohaizad (PMJ)
2. Pavitra A/P Suresh (PMJ)
3. Kerk Ming Teng (UTHM)
4. Cui Yun Xiao (DYKJ)
yang telah menunjukkan komitmen sepanjang latihan dan pertandingan World Vocational College Skills Competition 2025 hari ini di Tianjin Light Industry Vocational Technical College (TLIVTC) pada 10 November 2025. Kumpulan ini telah berjaya mendapat tempat ke 6 daripada 18 kumpulan yang bertanding. Penyertaan pertandingan ini disertai dari luar negara seperti Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Ireland dan Russia.
Penyertaan pertandingan ini memberi peluang besar kepada pelajar mengasah kemahiran komunikasi serta mengenal budaya negara China di dalam penyertaan pertandingan.

