
𝟖 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐀𝐁𝐔 | 𝐏𝐌𝐉
Audit ISO 21001:2018 Educational Organizations Management Systems (Surveillance 1) di Politeknik Mersing Johor telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari bermula 6 hingga 8 Oktober 2025.
Audit ini telah dikendalikan oleh Juruaudit SIRIM iaitu Pn. Nursheirie Sheiriena Binti Mohammad Za’im. Dapatan Audit mencatatkan keputusan yang membanggakan iaitu TIADA NCR atau OFI dilaporkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga PMJ atas komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan yang luar biasa sepanjang proses audit berlangsung.
Pensijilan ini membuktikan usaha berterusan PMJ dalam mengekalkan sistem pengurusan organisasi pendidikan yang berkualiti, cekap dan berkesan.

