Program PSR: Pathway of Culture, The Touch of Knowledge, The Spark of Culture

23 – 26 Ogos 2025 – Program PSR Pathway of Culture The Touch of Knowledge, The Spark of Culture yang dianjurkan oleh pelajar DSK5B, Jabatan Perdagangan telah berlangsung dari 23 – 26 Ogos 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya!
Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendekati masyarakat setempat melalui aktiviti kesukarelawan, termasuk gotong-royong membersihkan kawasan kampung serta sesi perkongsian dan pembelajaran bersama komuniti Orang Asli.
Terdapat 20 orang keluarga Orang Asli menerima bantuan asas hasil sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk Bank Rakyat, Bank Islam, Farm Fresh, Guardian, Mighty White, YB Dato’ Jamil Hasni bin Abdullah Tuan, YB Raven Kumar A/L Krishnasamy dan beberapa lagi rakan penaja.
Disamping itu, pelajar juga turut terlibat sebagai sukarelawan bagi Malaysia Taman Negara Ultra 2025 sukarelawan bagi acara marathon yang melibatkan 1200 peserta dari beberapa negara antaranya Malaysia, Belgium, France, Indonesia, Russia, South Africa, Singapore dan lain-lain yang dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Zakaria bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang.
Pihak pelaksana program ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penaja, komuniti Orang Asli, serta tenaga pengiring atas kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan program ini.





