16 Ogos 2020, Telah berlangsung Majlis Menandatangani NOU di antara Politeknik Mersing dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) seterusnya diikuti dengan Majlis Perasmian Bilik Mama Friendly, Politeknik Mersing
Majlis ini disempurnakan oleh YB Zaiton Binti Hj Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri Johor. Turut hadir adalah Puan Nurul Naqiah Binti Haji Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT, YB Puan Hajah Alwiyah Binti Talib, ADUN Endau serta Puan Hilmun Binti Mohamed, Pengarah Politeknik Mersing.
 
Bilik Mama Friendly ini diselia sepenuhnya oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi PMJ (2KRS). Ianya adalah sebagai satu usaha untuk memberikan keselesaan kepada ibu-ibu bekerjaya di PMJ untuk meneruskan penyusuan susu ibu. PMJ juga mendokong Dasar Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu dan menjadi IPT pertama di Johor yg mempunyai Bilik Mama Friendly.