16 Ogos 2020, Politeknik Mersing telah berbesar hati menerima kunjung hormat dari wakil-wakil Persatuan Alumni PMJ. Seramai 12 alumni PMJ telah hadir dan antara perkara yang dibincangkan adalah aktiviti dan program kerjasama di antara ALUMERS dengan Politeknik Mersing. Semoga jalinan kerjasama ini dapat memberi manfaat yang besar kepada Politeknik Mersing dan masyarakat sekitarnya.