Pada 3 hingga 5 Ogos yang lalu, seramai 333 pelajar baharu semester 1 Sesi Jun 2020 yang telah berjaya mendaftar di Politeknik Mersing. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) dan Jabatan Perdagangan (JP).Pendaftaran dijalankan selama 3 hari bagi mengelakkan kesesakan di dalam kawasan kampus di mana JKE mendaftar pada 3 Ogos, JTMK mendaftar pada 4 Ogos dan JP mendaftar pada 5 Ogos.
Pada waktu pagi hari pertama pendaftaran, aktiviti dimulakan dengan pendaftaran kamsis secara pandu lalu. Politeknik Mersing mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pendaftaran berlangsung. Kemudian pada sebelah petang, setiap pelajar akan membuat pendaftaran bersama jabatan masing-masing. Pada hari kedua pula , setiap pelajar akan mendengar taklimat-taklimat penting secara atas talian.
Kelihatan suasana hari pendaftaran yang sarat dengan emosi. Gembira, teruja, sayu dan hiba saling bercampur baur. Ibubapa yang melepaskan anak dengan penuh harapan agar anaknya memperolehi pendidikan dan pengalaman terbaik di PMJ serta emosi anak yang mungkin buat pertama kali berpisah dengan ibubapanya dan kini perlu menjalani kehidupan secara berdikari.
Kami di Politeknik Mersing akan pastikan para pelajar mendapat yang terbaik dari kami. Selamat Maju Jaya untuk semua!