Politeknik Mersing telah menerima sumbangan untuk keperluan pelajar-pelajar PMJ dari KPDNHEP dan Majlis Agama Islam Daerah Mersing.

Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Abdul Haris Bin Mat Isa, Ketua Pengarah KPDNHEP Daerah Mersing dan juga Encik Shahhrul Affendi Bin Yusof, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Agama Islam Daerah Mersing.

Antara sumbangan yang diterima adalah beras, tepung, minyak masak, sardin, gula, snek, maggi dan air isotonik. Turut hadir bersama adalah Haji Lajakarek Bin Mohd Amin, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan!!