Selaras dengan kebenaran yang telah diberikan oleh kerajaan berkaitan pergerakan pulang pelajar-pelajar IPT ke kampung masing-masing, Politeknik Mersing telah bermesyuarat dengan wakil dari Polis Diraja Malaysia iaitu Inspektor Izwaan Bin Rusli dan Koperal Ramli Mat dan juga dengan wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Mersing iaitu Dr. Yusmah Binti Muhammad dan Dr. Siti Nabila Binti Azahar.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Lajakarek Bin Mohd Amin, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Antara isu yang dibincangkan adalah proses saringan pelajar sebelum pulang ke kampung, penyelarasan pergerakan dan SOP yang perlu dipatuhi sebelum dan semasa pergerakan pelajar.

Doakan pelajar-pelajar kami selamat tiba di kampung halaman masing-masing. 🤲🤲