πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸŽπŸπŸ’

πŸπŸ– π€ππ‘πˆπ‹ πŸπŸŽπŸπŸ’ | 𝐀𝐇𝐀𝐃 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 ππ„π‘πŒπ€π“π€ πŒπ€π‘π‰π€π, ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‘π’πˆππ†

Telah berlangsung satu majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 bertempat di Politeknik Mersing (PMJ). Majlis kali ini merupakan anjuran bersama antara Politeknik Mersing, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Mersing, Bank Islam Daerah Mersing, Tenglu Heights, dan Wan Nadzim & Co.

Majlis diserikan dengan alunan marhaban dari penghulu dan Ketua Kampung daerah Mersing diikuti dengan ucapan daripada YBrs. Dr. Setiawan bin Hardono, Timbalan Pengarah Akademik, PMJ selaku wakil penganjur dan seterusnya ucapan daripada YBhg. Tuan Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing. Antara intipati ucapan ialah sekalung penghargaanΒ  di atas penganjuran bersama yang melibatkan beberapa agensi telah menunjukkan ukhwah silatturahim sesama komuniti di sekitar daerah Mersing dan mempelbagai penganjuran program yang berimpak tinggi untuk komuniti di Mersing.

Seterusnya, tetamu kehormat telah dibawa melawat ke ruang pameran yang mempamerkan perkhidmatan agensi-agensi dari Pihak Penganjur antaranya pameran dari AADK, Politeknik Mersing, Bank Islam, Wan Nadzim & Co. dan Tenglu Heights. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan tarian dari Kelab Kebudayaan dan Kesenian Politeknik Mersing.

Semoga penganjuran bersama majlis seperti ini membuka ruang kepada kita untuk menjalinkan persahabatan dan saling bertukar pandangan ke arah kebaikan. Ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan perpaduan dan mewujudkan semangat kerjasama di antara jabatan dan agensi kerajaan, swasta dengan masyarakat setempat.