Pada 6 hingga 8 Februari 2024, Perwakilan PMJ dan wakil Cyber Range Academy PMJ telah mengadakan Lawatan Penanda Aras di Politeknik Negeri Batam. Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara PMJ dan POLIBATAM dalam mengembangkan penyelidikan, inovasi, dan pengkomersialan, dengan memperkuat hubungan antara politeknik serta mempromosikan pertukaran pengetahuan dan teknologi antara kedua negara.
Lawatan Penanda Aras ini turut dihadiri oleh perwakilan daripada Politeknik Negeri Batam.
 
Perwakilan PMJ terdiri daripada Dr. Norazlina binti Ahmad; Ketua Unit Inovasi dan Kormesial (UPIK), Dr. Azman bin Talib; Pegawai Geran dan Komersial, Pn. Norbizuna binti Abdul Rashid; Ketua Jabatan Perdagangan (JP), En. Mohd. Fairullah bin Muhammadon; Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Wakil COT PMJ iaitu En. Idris bin Mohamed Mobin; Ketua Program Trek Keselamatan Maklumat (JTMK) selaku Wakil Cyber Range Academy (CRA)
Sesi Lawatan Penanda Aras serta perkongsian ilmu kedua-dua pihak melibatkan :
 
1. Perbincangan berkaitan dengan silibus dan pembelajaran dalam bidang Cybersecurity.
2. Perbincangan peralatan dan perisian yang digunakan serta kemudahan makmal sedia ada.
3. Jemputan untuk bersama-sama dalam program Cyber Range Academy Conference.
 
Dengan Lawatan Penanda Aras ini , CRA mampu menjadi pusat perkembangan dan pengumpulan ilmu dalam bidang Cybersecurity seterusnya mengangkat martabat pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Perkembangan positif pelaksanaan Lawatan ini juga mampu mengangkat nama baik PMJ dan juga rakan kolaborasi dan Politeknik Negeri Batam serta dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama yang terjalin atas dasar ukhwah
Mesyuarat berakhir dengan sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Semoga dengan adanya lawatan ini, pelbagai program dapat dilaksanakan yang memberi impak positif bagi kedua-dua belah pihak sama ada bagi staf mahupun mahasiswa. Secara langsungnya, PMJ menyahut 5 fokus utama JPPKK iaitu memperkasakan pengantarabangsaan ke arah menjadikan POLYCC sebagai pemacu tenaga mahir negara. Terima kasih.