Telah berlangsung satu Mesyuarat Pemurnian dan Hala Tuju Konferens Liga Ilmu Serantau Serta Lawatan Sekitar Batam melibatkan antara Politeknik Mersing dengan Universitas Ibnu Sina (UIS). Kerjasama antara PMJ dan UIS ini telah terjalin sejak beberapa tahun melalui pelbagai program berimpak tinggi. Justeru itu, pelbagai perancangan telah dirangka hasil dari perbincangan ini bagi tahun 2024.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh perwakilan daripada Universitas Ibnu Sina (UIS) selaku tuan rumah bagi pelaksanaan Liga Ilmu Serantau (LIS) tahun 2024, Sekolah Tinggi Agama Islam, Batam (STAI) dan Politeknik Jambi.
Perwakilan PMJ terdiri daripada Dr. Norazlina binti Ahmad; Ketua Unit Inovasi dan Kormesial (UPIK), Dr. Azman bin Talib; Pegawai Geran dan Komersial, Pn. Norbizuna binti Abdul Rashid; Ketua Jabatan Perdagangan (JP), En. Mohd. Fairullah bin Muhammadon; Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan En. Idris bin Mohamed Mobin; Ketua Program Trek Keselamatan Maklumat (JTMK)
Mesyuarat telah berjalan dengan harmoni dan sebulat suara bersetuju untuk:
1. Menambah bilangan perserta dari negara-negara lain seperti Turkiye, Qatar dan Thailand;
2. Mengangkat penerbitan ke peringkat yang lebih tinggi seperti Scopus bagi mencapai KPI rakan kolaborasi;
3. Menambah aktiviti pengisian program seperti program kemasyarakatan dan sukan.
Dengan penambahbaikan ini, LIS mampu menjadi medan perkembangan dan pengumpulan ilmu sekaligus mengangkat martabat pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Perkembangan positif pelaksanaan LIS ini juga mampu mengangkat nama baik PMJ dan juga rakan kolaborasi; UIS, STAI dan Politeknik Jambi dan mengeratkan lagi hubungan kerjasama yang terjalin atas dasar ukhwah
Mesyuarat berakhir dengan sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Semoga segala perancangan program bagi tahun 2024 berjaya dilaksanakan dan kerjasama yang terjalin terus utuh dalam usaha melahirkan graduan yang berkualiti di peringkat antarabangsa.