Telah berlangsung Program MTS melibatkan 86 orang Pelajar Baharu Sesi II 2023/2024 Politeknik Mersing. Objektif program ini adalah untuk memberi input yang berguna dan relevan kepada pelajar baharu untuk menjalani kehidupan sebagai mahasiswa Politeknik Mersing.
 
Pelbagai taklimat telah dilaksanakan antaranya taklimat keselamatan, taklimat disiplin pelajar, taklimat KAMSIS, taklimat budaya siswa cemerlang, taklimat HEP sedia membantu, English with JPA, taklimat dari Smartgreen PMJ, taklimat Gedung ilmu (Perpustakaan), taklimat PTPTN/Bantuan Kewangan. Juga, pelbagai aktiviti dilaksanakan yang bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antaranya aktiviti LDK, Kerohanian, sukan & kebudayaan. Seterusnya, para pelajar baharu juga terlibat dengan program pelajar baharu bersama jabatan dan program bersama kaunselor Politeknik Mersing. Diharap semua input yang berguna ini memberi gambaran positif dalam diri pelajar baharu sebagai bekal selama mereka bergelar pelajar PMJ.
 
Diakhir program, Majlis Penutup MTS telah dilaksanakan dan dirasmikan oleh Puan Hajjah Fadzillah binti Mohd Yusof, Pengarah Politeknik Mersing. Antara harapan beliau ialah setiap pengalaman di PMJ ini dapat membantu pelajar baharu untuk menyerlahkan potensi diri dan mencapai kejayaan dalam pengajian. Teruskan semangat usaha, nikmatilah proses pembelajaran, dan ingatlah bahawa setiap cabaran adalah peluang untuk berkembang. Selamat maju jaya!
Diharapkan semua pengisian sepanjang MTS berguna dan dimanfaatkan sepenuhnya terutamanya untuk pelajar baharu Sesi II 2023/2024. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi kita semua.
 
Terima kasih kepada semua yang terlibat, dan tahniah sekali lagi kepada semua pelajar. Selamat datang sekali lagi ke Politeknik Mersing dan kami mengalukan kehadiran pelajar baharu semua dengan penuh rasa tanggungjawab untuk menjadikan semuanya sebagai graduan berkualiti, holistik dan seimbang dalam semua aspek.