Lensa PMJ mengukir memori sekali lagi dengan merakam detik-detik indah 86 orang pelajar baharu yang telah mendaftar untuk menjadi warga POLYCC dan Politeknik Mersing.
Pendaftaran pelajar baharu telah bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Hasil pemerhatian sepanjang proses pendaftaran ini melibatkan dari kaunter 1 sehingga kaunter 7 telah berjalan lancar. Tahniah diucapkan buat semua warga Politeknik Mersing yang telah memberi sepenuh komitmen sepanjang proses ini berjalan.
 
Telah diadakan juga Sesi Pengarah bersama Ibu Bapa pada jam 9.30 pagi. Pada sesi ini, Pengarah beramah mesra dan mengadakan sesi dialog bersama ibu bapa mengenai pelbagai isu dan pandangan. Sesi ini turut dikendalikan bersama barisan pengurusan Politeknik Mersing. Politeknik Mersing bersedia menjadi pemudahcara bagi ibu bapa sepanjang anak-anak mereka mengikuti pengajian di Politeknik Mersing. Sepanjang proses pendaftaran ini berlangsung, turut hadir sama ialah Encik Muhammad Izzat bin Mohd Fauzi, Penolong Pengarah Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, JPPKK. Sekalung penghargaan dan terima kasih diatas tunjuk cara dan bantuan diberikan sepanjang sesi ini berlangsung.
Semoga Pelajar Baharu Politeknik Mersing terus kekal mengakar ke bumi, menggapai ke langgit mengukir kejayaan tanpa pernah kenal erti putus asa. Kami bersama-sama anda untuk bangkit dan terus berjuang untuk menggengam segulung diploma.