𝟐𝟔-𝟐𝟕 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟑 | 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐁𝐡𝐚𝐫𝐮, 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧

Pensyarah JTMK, PMJ berjaya meraih anugerah PERAK dalam pembentangan kertas kajian di International Conference of Education & Futuristic Innovation ICEFI 2023.
Kertas kajian yang bertajuk "The Perception Of Ebooks Usage Among Diploma Of Information Technology (Digital Technology) Students In Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Politeknik Mersing" telah dibentangkan oleh Ts. Norshadila binti Ahmad Badela.

Ahli penyelidik kertas kajian terdiri daripada:
1. Ts. Norshadila binti Ahmad Badela
2. Puan Mas Ayu binti Mohd Ariff
3. Ts. Puziahhaiza binti Pazui


Manakala, pelajar JTMK, PMJ berjaya meraih anugerah PERAK dalam pertandingan inovasi International Conference of Education & Futuristic Innovation ICEFI 2023 yang dianjurkan oleh Kelab "Innovation & Design" SM Sains Pasir Puteh yang turut berkolaborasi dengan beberapa organisasi lain seperti UiTM Cawangan Kelantan dan IPG Kampus Kota Bharu bagi menjayakan program bertaraf antarabangsa ini.
Projek Inovasi yang bertajuk "QR Scanner Attandance" telah dianggotai oleh :
1. Intan Nur Aisya binti Mohd Kamal
2. Muhammad Akmal Syafiq bin Sabri
3. Muhammad Saifuddin bin Abdul Rahman
Penyelia projek inovasi kumpulan ini ialah Ts. Norshadila binti Ahmad Badela.