๐Ÿ“ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ | ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ & ๐Š๐„๐๐”๐‹๐€๐”๐€๐ ๐Œ๐„๐‘๐’๐ˆ๐๐†

Program ini juga merupakan salah satu acara sukarelawan atau โ€œVoluntourismโ€ yang memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya memelihara alam semulajadi serta menjaga kebersihan alam sekitar terutamanya di lokasilokasi pelancongan serta memupuk kesedaran memulihara khazanah negara dan bersama memelihara alam semulajadi, sejajar dengan salah satu matlamat Sustainable Development Goals (SDG) yang digariskan oleh United Nation.

Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Selatan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program ini bagi memperkenalkan Sungai Mersing sebagai produk baharu dengan memfokuskan kepada aktiviti eksplorasi alam semulajadi dan menyelusuri sungai. Potensi sasaran para pelajar Institut Pengajian Tinggi (Awam/Swasta) bertindak sebagai duta kecil dalam membantu Tourism Malaysia mempromosikan destinasi pelancongan berkaitan marin, eko dan edu pelancongan. Justeru itu, Politeknik Mersing telah dijemput untuk menjadi Voluntourism bagi program ini. Seramai 15 orang pelajar bersama 5 orang Pensyarah Pengiring telah menyertai program ini. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah aktiviti pembersihan Pantai di Pulau Besar & Pulau Tengah dan aktiviti snorkelling.