𝟐 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐉𝐀𝐍, 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

Pada tahun ini, Bahagian Kurikulum,JPPKK telah memberi kepercayaan kepada PMJ untuk menganjurkan satu program STEM iaitu PolyCC STEM Challenge 2023 yang menyasarkan penyertaan sekurang- kurangnya 15 kumpulan pelajar dalam pertandingan STEM INNOVATION dan 15 kumpulan dalam STEM CHALLENGE dan seterusnya setiap kumpulan peserta mencapai sekurang- kurangnya 70% dalam rubrik pemarkahan.

Pada penganjuran kali ini, 3 pengisian utama telah dilaksanakan terdiri daripada pertandingan STEM Innovation, STEM Challenge, dan STEM Talk. Pertandingan STEM Innovation dan STEM Challenge dikategorikan kepada kategori PolyCC dan kategori sekolah. Penyertaan dibuka kepada PolyCC dan sekolah-sekolah seluruh negara. Manakala, STEM Talk pula dibawakan khas sebagai pengisian bonus bagi program pada kali ini yang disampaikan Oleh Ts. Dr. Mohd Fazli Bin Mohd Sam, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Teknologi & Teknousahawan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Majlis Penutup STEM Challenge 2023 ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ts. Zainab Binti Othman, Pengarah Kanan (Kompetensi), JPPKK.

Secara keseluruhannya, sebanyak 72 penyertaan didaftarkan bagi semua kategori yang dipertandingkan. Secara pecahannya, terdapat penyertaan sebanyak 32 PolyCC dan 7 Sekolah bagi program STEM Innovation dan bagi penyertaan STEM Challenge, sebanyak 13 PolyCC dan 7 Sekolah. Manakala, seramai 130 pelajar mendaftar sebagai peserta STEM Talk.

Program PolyCC STEM Challenge 2023 adalah satu inisiatif untuk menyemarakkan pembudayaan STEM dalam kalangan pelajar Polycc seiring dengan tumpuan dalam gelombang 3 (2021-2025) bagi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Antara intipati gelombang 3 ialah meningkatkan kemahiran kendiri dan memperkasakan institusi melalui inovasi dalam pengajaran.
Berikut dalam keputusan penuh bagi pertandingan yang dilaksanakan sepanjang STEM Challenge berlangsung:


• 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐂𝐡𝐚𝐥𝐥𝐞𝐧𝐠𝐞 (𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡)
Tempat Pertama – SMK Nitar (Nitar 2)
Tempat Kedua – SMK Nitar (Nitar)
Tempat Ketiga – SMK Tengku Aris Bendahara (STABINOV)


• 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐂𝐡𝐚𝐥𝐥𝐞𝐧𝐠𝐞 (𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐏𝐨𝐥𝐲𝐂𝐂)
Tempat Pertama – PTSN (B)
Tempat Kedua – PTSN (A)
Tempat Ketiga – PSA (CHALLENGER)


• 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐈𝐧𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 (𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡)
𝑨𝒏𝒖𝒈𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑬𝒎𝒂𝒔
- SMK (A) Bandar Penawar (ENGINE ALERT SYSTEM)
- SMK (A) Bandar Penawar (SMART VITAL SENSE)
𝑨𝒏𝒖𝒈𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒌
- SMK Sultan Ibrahim Kulai (PETI DEPOSIT KESELAMATAN)
- SMJK Confucian (DROP SAFE DEVICE)
𝑨𝒏𝒖𝒈𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑮𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂
- SJK (T) Simpang Lima (ENHANCING PH LEVEL WITH PRECIOUS PRILLS USING WASTE WATER FROM FILTER FOR EFFECTIVE PESTICIDES REMOVAL ON FRUITS AND VEGETABLES)
- SJK (T) Ladang Highlands (ERS(EMERGENCY RESPONSE SOLAR) FLOOD DISASTER SYSTEM)
- Kolej Vokasional Tanjung Puteri (FULL AUTONOMOUS MEDICAL ROBOT (FAMR)(HM-1))


• 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐈𝐧𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 (𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐏𝐨𝐥𝐲𝐂𝐂)
𝑨𝒏𝒖𝒈𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑬𝒎𝒂𝒔
- Politeknik Banting Selangor (FLOURESCENT PENETRANT TESTING DEVICE)
- Politeknik Banting Selangor (i-TOOLS LEARNING APP (i-TLA))
- Kolej Komuniti Batu Gajah (DIY ARM MAKEUP BRUSH CLEAN AND HOLDER)
- Kolej Komuniti Bagan Datuk (MINDMORPH GAMES)
- Politeknik Ibrahim Sultan (EVER GREEN SHIP)
𝑨𝒏𝒖𝒈𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒌
- Kolej Komuniti Batu Gajah (GRIP GRAB GLOVE)
- Kolej Komuniti Batu Gajah (MIST-U FRESHCARE)
- Politeknik Mersing (REs)
- kolej komuniti kepala batas (NFC GO GREEN DUSTBIN)
- Politeknik Ibrahim Sultan (STEM'S MULTI-SENSORY APPROACH USING PHYSICS CONCEPT)
- Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (GREEN ENERGY PANEL)
- Kolej Komuniti Bagan Datuk (TECHTUTOR MATCH)