𝟐 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐉𝐀𝐍, 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

Pada 2 Oktober 2023, Dobi layan diri Politeknik Mersing telah dirasmikan oleh Ts. Zainab Binti Othman, Pengarah Kanan (Kompetensi), JPPKK. Turut hadir bersama ialah Puan Hilmun Binti Mohamed, Pengarah Politeknik Mersing, Ts. Suhana binti Ismail, Timb Pengarah Sokongan Akademik PMJ, En Fairullah bin Muhammadon, Pengerusi Kelab Staff 2KRS dan En Fung Chee Choong, General Manager CleanPro.

Sejarahnya Dobi layan diri PMJ ini bermula seawal Disember 2022 dimana Ahli Kelab Staf telah mengadakan sebuah lawatan benchmark ke PSIS dan diikuti pada Januari 2023 - proses dokumentasi telah bermula untuk permohonan sewaan tapak dobi layan diri. Kemudian, pada 5 Julai 2023 - kelulusan ruang dobi telah diberikan. Dan pada 22 Sept 2023, Dobi Layan Diri PMJ Mula beroperasi. Untuk pengetahuan, Dobi layan diri PMJ ini dikendalikan oleh CleanPro dan beroperasi dari 7 pagi sehingga 11.00 malam.

Semoga dengan adanya Dobi layan diri ini dapat meningkatkan kemudahan yang disediakan oleh Institusi bagi menjaga kebajikan, menjimatkan masa warga PMJ.