𝟐𝟔 – 𝟐𝟕 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑 | 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

Permainan Woodball ialah permainan yang memerlukan setiap pemain mempunyai sebiji bola kayu sebesar bola boling padang yang mewakili setiap pemain. Permainan ini memerlukan setiap permain memukul bola menggunakan kayu pemukul khas sehingga bola memasuki dan melepasi gates / goal.

Selaras dengan itu, Politeknik Mersing mengambil peluang untuk menjadi tuan rumah bagi Kursus Asas Woodball PolyCC Zon Johor yang bermatlamat untuk sama-sama membantu dalam melahirkan lebih ramai pemain woodball yang mampu bersaing di kejohanan sukan woodball dan pada masa yang sama dijadikan platform bagi mengukuhkan lagi keharmonian dan perpaduan dalam kalangan warga PolyCC. Program Sukan Woodball ini juga memberi peluang kepada peserta untuk mempertingkatkan kemahiran teknikal, fizikal, dan mental.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini disertai oleh 44 Orang pelajar dari Politeknik Mersing, Kolej Komuniti Batu Pahat, Kolej Komuniti Kluang, Kolej Komuniti Kota Tinggi, Kolej Komuniti Ledang, Kolej Komuniti Muar, Kolej Komuniti Pagoh, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Politeknik Metro Johor Bahru, Politeknik Ibrahim Sultan dan Politeknik Tun Syed Nasir. Kursus ini dikendalikan oleh En Syam Haizal Bin Hj Samsuddin dari Persatuan Woodball Malaysia. Manakala Majlis Penutup dirasmikan oleh Ts. Suhana Binti Ismail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Politeknik Mersing.

Turut diadakan Mini Tournament Woodball dikalangan peserta kursus. Antara pemenang bagi mini tournament ialah Muhammad Iqbal Hyqal Bin Khairulnizam (PIS), Ahmad Nur Haidzir Bin Ahmad Hanafi (PIS), Azieka Ayuni Binti Abdullah (PMJ), Nurul Ailynnabila Binti Hairul Nizam (PMJ) dan Aiman Dhiyauddin Bin Mustapa (KKBPJ). 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 kepada semua peserta yang telah memberi komitmen dan usaha sepanjang kursus ini. Semoga kita semua dapat menggabungkan semangat perpaduan, usaha gigih, dan semangat sukan dalam bentuk pertandingan woodball PolyCC Zon Johor kelak.