𝟐𝟖 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟑 | 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑, 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

Politeknik Mersing telah berjaya mendapat tempat pertama untuk pertandingan perarakan kategori institusi pendidikan dan naib johan untuk pertandingan sepanduk kategori institusi Pendidikan bersempena sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah mersing. Pada sambutan kali ini, Ybhg. Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali, Pegawai Daerah Mersing telah mengetuai perarakan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Daerah Mersing bermula kira-kira jam 8 pagi dari Jalan Ibrahim hingga Masjid Sultan Iskandar bersempena hari kelahiran Rasulullah S.A.W bersama-sama Tuan Haji Abdul Hakim bin Abd. Manap, Pentadbir Tanah Daerah Mersing, Encik Mohd Norman Bin Noh, Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Penghulu-penghulu Mukim, dan Ketua-ketua Kampung Daerah Mersing.