20 September 2023 (Rabu) – Program CRAC’23: Capture The Flag: SecureStrike telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sebaguna, Menara Cyber Axis, CyberSecurity Malaysia, Cyberjaya. Program ini adalah anjuran Bahagian Ambilan Dan Pembangunan Pelajar (BAPP), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan Kerjasama Cybersecurity Malaysia dan Cyber Range Academy, Center of Technology in Cyber Security, Politeknik Mersing. Sejumlah 20 pasukan dalam kalangan POLYCC telah menyertai pertandingan ini melibatkan 7 institusi politeknik dan 4 institusi Kolej Komuniti.

Pertandingan yang berlangsung selama 6 jam bermula 9.00 pagi hingga 3.00 petang ini telah menyaksikan kemahiran para peserta diuji dalam pencarian flag dengan menyelesaikan soalan- soalan bagi setiap cabaran. Majlis Perasmian Penutupan ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dato' Ts. Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab dan turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Ambilan Dan Pembangunan Pelajar (BAPP), JPPKK, Tuan Haji Azirin Bin Abdul Aziz, Pengarah Politeknik Mersing, Pn. Hilmun binti Mohamed, Ketua-Ketua Jabatan CyberSecurity Malaysia, Para pegawai Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta barisan pengurusan dan jawatankuasa CRAC’23 Politeknik Mersing.

Para pemenang adalah seperti berikut:
Tempat pertama : Bombastic Side Eye
Institusi : Politeknik Mersing
Jumlah Nilai Mata: 860
Para pemenang telah menerima medal Kemenangan, Sijil Pencapaian Dan Hadiah Wang Tunai Sebanyak RM300

Tempat kedua : Cynet Tempest
Institusi : Politeknik Kuching
Jumlah Nilai Mata: 695
Para pemenang telah menerima medal Kemenangan, Sijil Pencapaian Dan Hadiah Wang Tunai Sebanyak RM200

Tempat ketiga : Cyberpunk
Institusi : Politeknik Ungku Omar
Jumlah Nilai Mata: 605

Para pemenang telah menerima medal Kemenangan, Sijil Pencapaian Dan Hadiah Wang Tunai Sebanyak RM100