17 September 2023 (Ahad) – Majlis penutupan sambutan bulan kemerdekaan Politeknik Mersing bagi tahun 2023 atau dikenali dengan 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐇𝐌𝐔𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 merupakan program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Kelab Prosis dan Polysport. Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Ts. Suhana Ismail dan turut dihadiri KJHEP En Mohd Fairullah Bin Muhammadon, Ketua-Ketua Jabatan Akademik, Ketua Unit, Pegawai HEP dan para pensyarah. Majlis ini juga dimeriahkan dengan kehadiran pelajar-pelajar Politeknik Mersing.

Malam Sahmura ini juga menjadi acara kemuncak apabila diadakan penyampaian semua hadiah untuk para pemenang pertandingan yang dijalankan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan. Antara aktiviti yang dijalankan:
- Pertandingan Sajak Nusaku Malysia
- Pertandingan Poster Kemerdekaan
- Pertandingan Rekaan Kain Rentang Merdeka
- Kuiz Kemerdekaan Siri 1 & 2
- Pertandingan Video Kemerdekaan
- Hari Pakaian Kebangsaan
- Malam Ambang Merdeka
- Ceramah Ambang Merdeka
- Merdeka Patriotic Run
- Pertandingan Kostum Larian Merdeka

Semua aktiviti ini adalah hasil kerjasama dari Kelab dan Persatuan bukan kredit di bawah JHEP.
Majlis diserikan lagi dengan persembahan istimewa dari Kelab Kebudayaan, Kelab Moral, PMJumpers, persembahan koir serta gimik lakonan Hari Malaysia dari MPP.
Semoga segala aktiviti yang diadakan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan berjaya menanam semangat perjuangan dan cintakan Malaysia dalam kalangan pelajar serta warga