14 September 2023 (Khamis) – Politeknik Mersing berbesar hati menerima kunjungan hormat dan perujian sistem oleh Pihak Pengurusan Muzium Penjara Malaysia yang diketuai oleh TPP Abu Sufian Bin Mansoor, Pengarah Muzium Penjara Malaysia bersama 5 orang pegawai. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Pengarah Politeknik Mersing, Puan Hilmun Binti Mohamed dimana beliau menyambut baik kolaborasi yang berimpak tinggi antara kedua-dua pihak disamping keterlibatan projek inovasi pelajar yang dikomersialkan untuk kegunaan bersama. Projek ini merupakan usahasama antara Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi bersama pihak Muzium Penjara Malaysia, manakala Penyelia Projek yang terlibat ialah Ts. Zainorin Bin Saari dan Ts. Noor Hayati Binti Basan juga melibatkan seramai 6 orang pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital). Program kolaborasi antara kedua belah pihak ini diharap dapat menciptakan ekosistem inovasi yang dinamik dan memberikan manfaat jangka panjang bagi semua pihak yang terlibat. Ini juga dapat membantu mempersiapkan para pelajar untuk memasuki dunia pekerjaan dengan keterampilan yang relevan dan pemahaman yang mendalam tentang industri yang mereka minati (prospek kerjaya pelajar). Syabas buat semua yang terlibat.