10 September 2023 (Ahad) – Seramai 644 graduan Politeknik Mersing Sesi I 2021/2022 dan Sesi II 2021/2022 diraikan dalam satu majlis yang gemilang iaitu Majlis Konvokesyen Politeknik Mersing ke-11 bertempat di Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing. Sidang 1 adalah bagi graduan Sesi II 2021/2022 dan disempurnakan oleh Dato' Ts. Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia manakala bagi Sidang 2 pula bagi graduan Sesi I 2021/2022 dan disempurnakankan oleh Dr. Zamzam Bin Mohd Walid, Pengarah Bahagian Kurikulum, JPPKK. Tema Majlis Konvokesyen kali ini ialah “Pendigitalan Pemacu Kecemerlangan TVET”.