2 September 2023 – Fakulti Perniagaan dan Komunikasi , Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) telah menganjurkan “Technology and Research Exhibition 2023 (TREX 2023)” pada 28 Ogos 2023 bersempena 2nd International Convention on Applied Science and Humanities (CASH 2023).” Keputusan telah diumumkan pada 28 Ogos 2023 semasa majlis penutup konferen CASH 2023 secara dalam talian menerusi Google Meet.

Pengumuman keputusan pertandingan poster, video inovasi serta sesi penilaian telah dilaksanakan selepas Keynote Address oleh Managing Partner, EduEnergy Consultants LLP, Singapura, Dr. Deepak L. Waikar dengan tajuk “Innovative Technology, Policies and Practices in Sustainable and Clean Energy for Net Zero Vision”. Pada majlis penyampaian hadiah, keputusan oleh para juri dan penganjur telah menganugerahkan produk ini dengan pencapaian Anugerah Emas bagi Kategori Teknologi Maklumat.

Warga Politeknik Mersing merakamkan sekalung tahniah dah penghargaan kepada para pelajar tahun akhir Trek SAD Sesi II, 2022/2023, Izzul Hazieq bin Zulkeflee, Muhammad Izzat Ilyasaq bin Mohd Khairi dan Mohamad Nur Hafizhan bin Saini serta Penyelia Projek, Ts. Dr. Norhafizah Binti Ismail atas penyertaan dalam pembentangan produk inovasi dalam pertandingan ini.