31 Ogos – Politeknik Mersing telah menghantar seramai 109 orang pelajar untuk terlibat dengan sambutan Hari Kebangsaan dengan pecahannya 66 orang pelajar sebagai pemegang panji bendera peringkat Daera nih Mersing sebagai simbolik kemerdekaan Malaysia yang ke–66 , 33 orang kontigen perbarisan dan 10 orang sebagai pembawa bunga sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 Peringkat Daerah Mersing di Stadium Mersing.

Tahniah diucapkan kepada 32 orang kontingen Politeknik Mersing yang diketuai oleh En. Ahmad Azlan Bin Hamzah dan Ts Mohamad Zamri Bin Jamil kerana telah dinobatkan sebagai Johan pakaian kreatif dan tercantik kontinjen kategori ipt/sek menengah bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023, Peringkat Daerah Mersing.