Program sambutan ambang merdeka ini bermula pada jam 8 malam sehingga 11 malam. Antara kelainan sambutan tahun ini adalah adalah ceramah kemerdekaan yang disampaikan oleh En Zaiyad Zakaria seorang content creator sejarah dan peguam syarie. Tajuk yang dibawa adalah Merdeka Bukan Sekadar Di Bibir, tetap Di Minda dan Hati.

Selain itu, antara kemuncak sambutan adalah gimik ambang merdeka, persembahan nyanyian patriotik pelajar dan nyanyian beramai-ramai mengibarkan jalur gemilang. Turut hadir bersama adalah Pn Hjh Azreen Khamis (KJTMK), Pn Norbizuna Abdul Rasyid (KJJP), Pn Siti Nurazani Mustaffa (KUHEP), Pn Zaiton Sipun (Pegawai Psikologi), En Mohamad Iqbal Che Omar (Penasihat MPP) dan para pensyarah.

Semoga program malam sambutan ambang merdeka ini berjaya menyuntik semangat perpaduan dan cintakan negara dalam diri setiap pelajar disamping menghadapi cabaran menimba ilmu di politeknik.

Tahniah kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Kelab Rakan Ukhuwah dan MT Kamsis atas penganjuran program yang baik ini.