22 Ogos – Seramai 487 pelajar baharu Sesi 1: 2023/2024 telah mendaftar di Politeknik Mersing diraikan dalam satu majlis yang meriah pada Majlis Perasmian Penutup Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi 1: 2023/2024. Disamping itu juga, bersempena bulan kebangsaan, Politeknik Mersing telah mengambil inisiatif untuk menyemarakkan jiwa patriotik dikalangan pelajar dengan mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur gemilang.
 
Majlis kali ini berbesar hati menerima kehadiran perasmi YBrs. Leftenan Kolonel (Dr) Rusyainie Binti Ramli, Pegawai Pemerintah 21 Skuadron Medik GGK. Sebagai gimik perasmian, 3 ekor burung merpati dilepaskan sebagai simbolik kebebasan Malaysia Merdeka. Pada majlis ini juga, para pelajar menyanyikan lagu tema kemerdekaan iaitu ‘Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’, yang mana ia menterjemahkan semangat perpaduan dan patriotisme tinggi serta membenihkan rasa cinta yang mendalam kepada negara.