Hari yang ditunggu-tunggu bagi calon mahasiswa Politeknik Mersing telah tiba. Sesi pendaftaran para pelajar baharu bagi Sesi 1 2023/2024 telah diadakan pada 20 Ogos 2023 di mana para pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke PMJ datang dengan harapan untuk menggapai cita-cita mereka dalam menempuh pendidikan tinggi.
 
Seramai 480 orang pelajar dari tiga jabatan akademik telah mendaftar bagi sesi pada kali ini. Pendaftaran telah bermula seawal 8.30 pagi di mana para pelajar melapor diri sebelum mendaftar masuk bilik asrama masing-masing.
Sesi taklimat bagi Minggu Transformasi Siswa diteruskan pada sebelah petang di mana para pelajar akan diperkenalkan dengan sistem politeknik dan peraturan-peraturan di PMJ. Minggu Transformasi Siswa berlangsung dari 20-22 Ogos 2023 dan bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik bagi mempersiapkan para pelajar dengan kehidupan di PMJ.
 
Kami mengucapkan selamat datang untuk para pelajar baharu PMJ. All the best in your future endeavour!