Tarikh: 17 Ogos 2023
Perasmi: Tn Hj Azirin bin Abdul Aziz, Pengarah BAPP, JPPKK
 
17 Ogos – Majlis Perasmian Penutupan Program Socialpreneur Polysouth Bootcamp telah dirasmikan oleh Tn Hj Azirin bin Abdul Aziz, Pengarah BAPP, JPPKK. Antara intipati ucapan beliau ialah PolyCC telah melahirkan usahawan dari pelbagai bidang dan turut mengucapkan tahniah kepada barisan-barisan mentor dan Ketua Unit Keusahawanan PolyCC yang sangat komited dalam melahirkan graduan PolyCC yang berjaya dalam bidang keusahawanan. Majlis ini dianjurkan oleh BAPP, JPPKK dan dikelola oleh Kolej Komuniti Kluang dan Politeknik Mersing. Pengarah Program Majlis ini ialah Pn Nur Aqila binti Hussin dengan kerjasama Unit Keusahawanan PMJ
 
Pada Program Socialpreneur Polysouth Bootcamp kali ini turut dirasmikan ternakan kelulut moden yang menjadi incubator Politeknik Mersing. Mentor atau Pengusaha Ternakan Kelulut ialah terdiri daripada pensyarah-pensyarah JKE yang diketuai oleh En Mohd Nazrul Effendy bin Mohd Idrus dan turut dibantu oleh Ahmad Azlan Bin Hamzah dan Mohd Faizal Bin Asri.