8 Ogos 2023 - Telah berlangsung Majlis menandatangani Agreed Minutes of Meeting (AMM) diantara Politeknik Mersing Bersama tiga Institusi daripada Indonesia iaitu Universitas Ibnu Sina, Batam (UIS), Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI) Batam dan Politeknik Jambi. Lebih manis majlis ini disaksikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dab Kolej Komuniti, YBrs. Dr Mohd Zahari bin Ismail.

Antara yang terlibat dalam menandatangani AMM ini ialah Pn Hilmun binti Mohamed selaku Pengarah Politeknik Mersing, Assoc. Prof. Dr. Haji Mustaqim Syuaib, SE.,M.M., Rektor UIS dan diikuti dengan Dr. Muhammad Juni Beddu.Lc.,MA, Ketua Sekolah Tinggi Agama Islam Ibnu Sina Batam dan diakhiri dengan Pn. Ir. Hajjah Hilda Porawati., M.T selaku Direktur Politeknik Jambi.

AMM ini adalah kesinambungan dari AMM pada 2021 dan diperbaharui pada tahun 2023 dimana ketiga-tiga institusi ini merupakan penganjur bersama dalam Persidangan Liga Ilmu Serantau. Juga, AMM ini memainkan peranan penting dalam memastikan bahawa komunikasi dan kolaborasi dalam organisasi berjalan dengan lancar dan efektif, serta mengukuhkan rekod dan pelaporan yang telus dan tepat.