Mersing, 8 Ogos 2023 - Sebelum ini dikenali sebagai Pusat Islam Politeknik Mersing, Surau Al-Irsyad yang merupakan pusat aktiviti keagamaan untuk membentuk kerohanian dan keimanan para staf, pelajar, dan seluruh warga PMJ telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail.

Para tetamu kehormat disambut dengan alunan selawat nabi oleh Imam Masjid Kg. Pengkalan Batu bersama pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Hijrah, Air Papan.
Hadir sama untuk perasmian ini ialah YBrs. En. Hendra Findy Firdaus, Wakil Yayasan Ibnu Sina, YBrs. Assoc. Prof. Dr. Haji Mustaqim Syuib, Rektor Universitas Ibnu Sina Batam (UIS) Indonesia, YBrs. Ir. Hjh. Hilda Porawati, Pengarah Politeknik Jambi, Indonesia, YBrs. Dr. Muhammad Juni Beddu, Ketua Sekolah Tinggi Agama Islam Ibnu Sina, Indonesia, YBrs. Ts. Zainab binti Othman, Pengarah Kanan Kompetensi, JPPKK, YBrs. Dr. Riam a/p Chau Mai, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi JPPKK dan YBrs. Puan Hilmun binti Mohamed, Pengarah Politeknik Mersing.

Turut diadakan juga pelancaran bagi Program Trash Transformer di bawah Polytechnic Social Responsibility, mendukung Matlamat Pembangunan Lestari dengan cara mengumpul pakaian terpakai untuk diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Usaha ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan sisa buangan fabrik dan membantu masyarakat yang tidak mampu membeli pakaian.
Program murni ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail. Beliau turut menyumbangkan pakaian terpakai ke dalam tong kitar semula yang disediakan oleh penganjur bersama.
Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Pengajian Am, Persatuan Ketua-ketua Kampung Daerah Mersing, dan Yellow Bin.