6 Ogos 2023 - 8 orang staf PMJ yang merupakan Sukarelawan MyChampion telah menghadiri Kursus Pengenalan Psychological First Aid (PFA) & Pertolongan Cemas (CPR) di Teluk Gorek Chalet & Camping Site.
Seramai 40 orang peserta terlibat yang terdiri daripada ahli Kospen Komuniti ( Ahli Komuniti Setempat), Kospen Wow (Agensi Tempat Kerja) dan sukarelawan MyChampion Politeknik Mersing.
 
Antara pengisian modul adalah Pengenalan Pertolongan Cemas Psikologi ,Demo dan Latihan Asas Pertolongan Cemas (CPR), Pengurusan Berat Badan dan Amalan Pemakanan Sihat.
Semoga para peserta dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan asas pertolongan cemas yang dapat digunakan pada bila-bila masa menghadapi bencana, krisis dan kemalangan setempat.
 
Syabas dan tahniah kepada semua peserta.