Seramai 3 orang staf Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Mersing hadir ke Kursus Cyber Attacks. Kursus ini merupakan anjuran 4IR Flagships in Cybersecurity Politeknik Mersing dengan kerjasama Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan (ULPL) Politeknik Mersing.
Kursus ini adalah kursus Persijilan Profesional di bawah Program Latihan Peningkatan Kemahiran INDUSTRY4WD dan telah mendapat kelulusan sebagai CPD MBOT bagi tujuan pembaharuan pendaftaran Professional Technologist (Ts.) dan Certified Technician (Tc.).
 
Antara intipati kursus ini adalah “System Hacking, Denial of Service, Hacking Web Applications, Malware Threats, Session Hijacking, SQL Injection” dan lain-lain lagi. Kursus ini telah dijalankan selama 5 hari bermula 30 Julai 2023 hingga 3 Ogos 2023.
2 orang Konsultan Keselamatan daripada Intranium Sdn. Bhd iaitu En Arith Amami Bin Mislan dan Encik Shahidan Naim Bin Abdul Hamid adalah tenaga pengajar sepanjang kursus dijalankan.
Antara pensyarah JTMK yang terlibat dalam kursus ini adalah Encik Mohamad Iqbal Hakim bin Che Omar, Encik Mohd Fakhru Razie bin Mukhtar, dan Encik Muhammad Murshid bin Ramlan.
Semoga dengan kursus ini dapat melahirkan tenaga pengajar yang sentiasa memiliki kemahiran yang terkini dan dapat berkongsi pengetahuan yang diperolehi bersama pelajar di masa akan datang.