Seramai 8 orang staf Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Mersing hadir ke Bengkel Kerja Semakan Proof Read Dokumen Kurikulum bagi Program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) 5 Trek yang telah berlangsung pada 31 Julai 2023 sehingga 2 Ogos 2023 di Hotel Ideas Kuala Lumpur. Sesi bengkel ini adalah merupakan anjuran Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang melibatkan pembangun kurikulum dari seluruh politeknik di Malaysia.
 
Antara staf JTMK Politeknik Mersing yang terlibat dalam kursus ini adalah Puan Puziahhaiza binti Pazui dari Trek Pembangunan Perisian dan Aplikasi, Cik Chelva Kumari A/P Arumugam, En. Muhammad Farid bin Rustam, dan Puan Syakirah binti Mansor dari Trek Rangkaian. Sementara itu, dari Trek Keselamatan Maklumat, antara staf yang terlibat adalah En. Wan Muhammad Ikmal bin Mohd Tarmizi, En Abdullah Saniy bin Roslan, Puan Yasmin binti Mohamad Yusof dan Puan Siti Hajar binti Mat Zan.
Semoga bengkel ini mencapai objektif yang diharapkan untuk membantu merangka kurikulum politeknik yang bermutu tinggi dan membentuk generasi tvet yang memiliki kemahiran mengikut keperluan industri semasa, seterusnya mengarusperdanakan Pendidikan TVET.