26 Julai 2023 - Seramai 17 staf Jabatan Perdagangan, Politeknik Mersing hadir ke Bengkel Interpretasi Kurikulum bagi program Diploma Jabatan Perdagangan Politeknik Malaysia Bil. 5/2023 bagi program DPM, DPR, DBS, DPI, DRM, DLS, DRM WBL, DLS WBL dan DEN.
 
Sesi bengkel pada kali ini yang telah disampaikan oleh En Shazrin Eqwal Bin Sulaiman dan Cik Norasmah binti Abdullah Penolong Pengarah Kanan, Bidang Pengurusan & Perdagangan, Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK).
 
Antara intipati bengkel ini ialah kepada asas penambahbaikan kurikulum, Outcome Based Education (OBE) dan Constructive Alignment (CA), Maklumat Kursus / Course Information (Cl) dan Penerapan SDG dalam kurikulum.
Sesi ini diteruskan dengan sesi perkongsian daripada penggubal Pn Masliza Binti Mazlan (wakil daripada PMJ), Dr Noraindah Binti Abdullah Fahim dan En Mohd Ezry Bin Muhammad Rizal Tan (wakil daripada PMJB).
Semoga bengkel ini mencapai objektif yang diharapkan untuk membantu memperkasakan kompetensi pensyarah JP dalam melaksanakan PdP dan seterusnya menjadi pemangkin untuk mengarusperdanakan pendidikan TVET.