13 Julai 2023 – Jabatan Pengajian Am (JPA) telah mengadakan Kursus Pembangunan Diri dan Amalan Kerja Berpasukan yang bertempat di Eco Village, Kampung Sungai Melayu, Nusajaya. Program tersebut yang disertai oleh 13 orang staf JPA itu bertujuan untuk meningkatkan mutu pembangunan diri serta mengukuhkan lagi semangat individu dalam penglibatan kerja berpasukan.
 
Program tersebut melibatkan pelbagai aktiviti menarik antaranya menyelusuri Sungai Melayu dengan menaiki bot, melawat hutan paya bakau, dan melawat kolam ternakan kupang.
Bagi menyokong usaha kelestarian alam di samping menikmati pesona alam semulajadi hutan paya bakau, JPA mengambil peluang ini untuk turut sama mengutip sampah di Sungai Melayu sepanjang menaiki bot selama satu jam.
Di samping menikmati keindahan alam flora yang terpelihara, program ini juga turut mendedahkan peserta dengan budaya kerja berpasukan yang murni serta nilai komitmen untuk menjayakan sesuatu matlamat.